Sebelum ini, banyak betul desas-desus mengatakan bahawa pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bakal mengakhiri zaman duda dengan wanita pilihan hatinya pada Disember ini. Walaubagaimanapun, duda itu lebih senang menguncikan mulutnya dan meminta orang ramai menunggu sahaja pengumuman rasmi nanti.
Penantian tersebut berakhir apabila pelakon lelaki itu mendedahkan bahawa dia bakal berkahwin pada 12 Disember nanti menerusi sidang media yang diadakan di BoraOmbak Putrajaya kelmarin, lapor Gempak. Eizlan Yusof yang berusia 48 tahun memilih gadis keturunan Serani diberi nama Natasha Rosa Boudville, berusia 29 tahun sebagai teman hidupnya.
"Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun lalu selepas diperkenalkan oleh sahabat. Bagaimanapun, saya membuat keputusan untuk melamarnya sebagai isteri kira-kira tiga bulan lalu," katanya. Sementara itu, katanya, majlis resepsi nanti akan diadakan pada 13 Disember dan wajah sebenar wanita kesayangannya itu akan didedahkan semasa hari majlis pernikahan nanti. "Dia merupakan seorang kakitangan pengurusan di sebuah hotel lima bintang di ibu kota. Natasha sebenarnya memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu sebelum saya membuat keputusan untuk melamar dirinya lagi," katanya. Amboi sorok muka! Takut kena kebas ke? -CARI |
belilies replied at 3-12-2019 01:07 PM
Yang ni kannnnn.... Momod minta tacang!
chicozinn replied at 3-12-2019 02:19 PM
cam tak sama je dgan gambar cover bunga tu..meollss bajet muka cam permaisuri sultan perak tau seb ...
belilies replied at 3-12-2019 01:07 PM
Yang ni kannnnn.... Momod minta tacang!
alagapass replied at 3-12-2019 02:29 PM
Ingat aidah menjebat.. coiiii..
Mata.kucing replied at 3-12-2019 03:58 PM
Mcm aida jebatt
ADVERTISEMENT