Tular mengenai sekeping wang kertas RM10 yang ditulis nota yang dijumpai di sebuah bank di Batu Berendam, Melaka baru-baru ini. Namun, siapa sangka pemilik sebenar wang kertas RM10 itu tampil dengan mendedahkan dialah pemilik sebenarnya.
Anne Malar Yesudass berkata sudah lama dia mencari wang tersebut selepas dompetnya dicuri pada 1 September 2018 di sebuah kem di Melaka, Sinar Harian melaporkan. "Saya sudah jumpa individu yang jumpa duit saya, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang sudi kongsi penemuan duit ini. "Ia cukup bermakna dalam hidup saya. Bapa memberi duit ini kepada saya pada 21 Mei 2010, ketika itu saya berusia 17 tahun. "Bapa beri duit ketika hendak pergi ke sekolah jam 7.10 pagi, namun sayangnya tarikh itu adalah kali terakhir dia beri duit dan hantar saya ke sekolah. Bapa terlibat dalam kemalangan jalan raya," katanya.
Dek kerana terlalu rindukan mendiang bapanya, dia menyimpan wang itu sebagai kenangan. "Saya berasa sedih kerana itu satu-satu duit dan barang peninggalan dari bapa untuk saya. Tidak kisah jika dompet hilang tetapi jangan ambil duit itu,"katanya. "Saya sangat berterima kasih kepada Hyza Ezany di atas perkongsian itu. Terima kasih tidak cukup untuk balas jasanya tetapi apa-apa pun terima kasih banyak-banyak. "Terima kasih kepada semua yang sudi membantu kongsi status Hyza Ezany. Terima kasih sekali lagi. Saya sayang 'appa', saya rindu dia sangat-sangat," katanya. - CARI
|
barfi replied at 2-12-2019 05:56 PM
Sedihbyaaa tapi betul ke hasanah version?
ADVERTISEMENT