CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Tealive, Coolblog, Chatime Yang Ada Sijil Halal, 'Bubble Tea Lain Tiada Sijil Halal'

29-11-2019 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11113| Komen: 78

Tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun rupanya banyak lagi kedai minuman bubble tea yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.

Hal tersebut diakui oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Nahmiah Wan Mohamad Ali yang berkata, kebanyakan bahan yang digunakan tidak mempunyai logo halal. 


“Pengguna kebanyakannya terpengaruh dengan persekitaran premis yang bersih, malah ada yang menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata pembeli.

Kredit foto: rojakdaily

“Apabila minuman ‘bubble tea’ itu tular, orang ramai tidak berfikir panjang dan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman berkenaan…mereka tidak selidik terlebih dahulu sama ada premis berkenaan mempunyai sijil halal atau sebaliknya,” katanya memetik laporan Harian Metro.


Dalam pada itu, katanya cuma Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menunjukkan keprihatinan untuk berjumpa pemilik premis minuman itu. 

“MPSJ baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan pengusaha premis berhubung pemilikan sijil halal dan juga bertanya sama ada kandungan yang digunakan boleh diminum oleh orang Islam.

“Ia adalah inisatif yang patut dipuji kerana saya dimaklumkan MPSJ menyedari terdapat premis menjual minuman bubble tea yang laris di jual di kawasan mereka.

“Jadi, MPSJ menjalankan tanggungjawab bukan saja sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), malah mereka turut prihatin dengan situasi orang Islam dengan menggalakkan pengusaha memiliki sijil halal sebelum memohon lesen perniagaan,” katanya. 

Menurutnya, buat masa ini cuma jenama Tealive, Coolblog dan Chatime sahaja yang mempunyai sijil halal. - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Kurex


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-11-2019 05:40 PM
satu air pun dekat 10hengget
Quote LostStar 29-11-2019 05:43 PM
minom bulan ni jek memandangkan secawan 2.50rm tealive.. nasib baik ada kehalalan..
Quote ctaz 29-11-2019 05:51 PM
teh ais mamak jer yg sedap
Quote Sazida 29-11-2019 06:00 PM
The alley? Ramai jugak berkerumun kt situ
Quote famri7 29-11-2019 06:09 PM
Xda beza pun cyst...gerai melayu tepi jalan cemar busuk pengotor maintain haloliyyah toyyibahhhhh..hanya sebab penguasaha isele....while kedai bubbletea ni kebersihan tiptop tp sebab xda halal jadi terus jatuh kotor mcm tahik ke?
Quote belilies 29-11-2019 06:14 PM
Iols tak minat kunyah bubble tu.
Quote cmf_almondpecan 29-11-2019 06:39 PM
Kenapa nak kata guna pekerja bertudung untuk "mengaburi" mata pelanggan sedangkan tiada sijil halal itu belum tentu haram? Kalau dia pamerkan sijil halal palsu barulah bersalah melanggar undang2 tp makanan yg dijual still tak confirmed haram. Terpulang kpd kebijaksanaan pembeli utk menilai dan memilih.
Quote LuvAurora 29-11-2019 07:06 PM
Dulu igtkan boba ni xmanis sbb mcm kunyah2 je kan.. Sekali baca kat fb dr tu share someone tu tiap minggu minum boba kena diabetes
Quote Orix 29-11-2019 07:27 PM
famri7 replied at 29-11-2019 06:09 PM
Xda beza pun cyst...gerai melayu tepi jalan cemar busuk pengotor maintain haloliyyah toyyibahhhhh..h ...

On point sisturrrrr
Quote Rainrein 29-11-2019 07:36 PM
Tak kisah halal ke x, iols sefamily x penah suka. Korang yang FOMO tu lantok ler.
Quote sarahmirza 29-11-2019 08:19 PM
Rainrein replied at 29-11-2019 07:36 PM
Tak kisah halal ke x, iols sefamily x penah suka. Korang yang FOMO tu lantok ler.

FOMO tu apa?

I bukan minat pun bobba ke hapa ni...
Paling hebat coolblog aje la, itupun sesekali layankan anak nak minum..

Quote Skuau 29-11-2019 08:32 PM
cmf_almondpecan replied at 29-11-2019 06:39 PM
Kenapa nak kata guna pekerja bertudung untuk "mengaburi" mata pelanggan sedangkan tiada sijil halal  ...

ramai wanita bertudung kat kedai make cina dah...
Quote dino 29-11-2019 08:41 PM
famri7 replied at 29-11-2019 06:09 PM
Xda beza pun cyst...gerai melayu tepi jalan cemar busuk pengotor maintain haloliyyah toyyibahhhhh..h ...

itu org kelate.. terkenal pengotor
Quote Catpaw 29-11-2019 08:54 PM
Tak pernah teringin lagi nak rasa tiga2 tu. Pernah minum coolblog je tu pun org belanja
Quote ellZack 29-11-2019 09:05 PM
sarahmirza replied at 29-11-2019 08:19 PM
FOMO tu apa?

I bukan minat pun bobba ke hapa ni...

Fear of missing out.
Quote meow_tompok 29-11-2019 09:30 PM
famri7 replied at 29-11-2019 06:09 PM
Xda beza pun cyst...gerai melayu tepi jalan cemar busuk pengotor maintain haloliyyah toyyibahhhhh..h ...

lagik satu ada amik typhoid jap ke tidak?
Quote InVendeTTa 29-11-2019 09:36 PM
Ingat sista2 heran?logo kepala naga ke,rimau ke hatta babi sekalipun asalkan beratur panjang lg mau teguk n upload kat insta..lg banyak tulisan cina kat cawan tu lg bangga upload..semangat muhibbah katanya
Quote umbut 29-11-2019 09:55 PM
famri7 replied at 29-11-2019 06:09 PM
Xda beza pun cyst...gerai melayu tepi jalan cemar busuk pengotor maintain haloliyyah toyyibahhhhh..h ...

Mak bagi 10 bintang
Quote bezita60 29-11-2019 09:59 PM
Mampu tgk je utk org yg mahu sihat.
Sekali layan satu cawan tu berapa sudu gula agaknya

Cukup tahun potong kaki.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059371 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top