Belum pun 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari dengan aktiviti pelajar yang kononnya sudah 'merdeka'.
Yang tidak manisnya, cara mereka meraikan tamatnya peperiksaan itu adalah dengan cara menunggang motosikal secara melulu. Dengan memakai pakaian seragam sekolah, pelajar ini berkumpul di kawasan seperti laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir. Astro Awani melaporkan tindakan pelajar ini mengundang bunyi bising dan menganggu ketenteraman awam. Malah, ada pelajar perempuan yang menunjukkan lagak samseng dengan pengguna jalan raya lain.
Sebuah video menunjukkan perlakuan kurang senonoh ini tular di laman sosial sekaligus mengundang kecaman di kalangan warganet. "Memang lepas SPM terus buang otak ke diorang ni," antara komen yang diberikan. Dalam pada itu, difahamkan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Hassan Basri berkata, pihaknya mengeluarkan 17 saman kepada 17 pelajar lepasan SPM itu atas pelbagai kesalahan. - CARI |
dua_chzy replied at 28-11-2019 11:54 AM
Moga keputusan cemerlang?
Sorry lah. Ni yang buat gini ni, bebudak klas blakang jah. Macam kat se ...
palmolive replied at 28-11-2019 12:11 PM
nak buang mendernyer kalo mendernya tak ada..
kenari2101 replied at 28-11-2019 11:43 AM
adoi lah, ni ke manusia yg nak mengundi ni
dua_chzy replied at 28-11-2019 11:54 AM
Moga keputusan cemerlang?
Sorry lah. Ni yang buat gini ni, bebudak klas blakang jah. Macam kat se ...
TravellingBear replied at 28-11-2019 12:16 PM
Betul tu tepatt sekali hahahahahaaaaaa
ADVERTISEMENT