Mungkin kedengaran agak pelik namun seorang remaja perempuan di Indonesia mendakwa jilatan kucinnya mampu menyembuhkan masalah pada wajah.
Malah, dia yang dikenali dengan nama Dinda berkata, dia melakukan petua tersebut sejak tiga bulan lalu, petik Dailymail. "Jilatan Nia membuatkan kulit saya menjadi bersih dan mengurangkan masalah bintik pada wajah saya," katanya. Katanya lagi, semuanya bermula ketika kucingnya itu duduk di atas buku teksnya dan mula menjilat wajahnya ketika dia sedang mengulangkaji pelajaran. Bahkan kakaknya, Debi turut merakam aksi itu dan berkata kucing tersebut hanya berminat melakukan 'rawatan' itu terhadap Dinda.
"Kucing itu hanya melakukan 'rawatan' itu pada Dinda," katanya. Dinda juga berkata, sejak melakukan rutin itu, jerawat pada wajahnya berkurangan. Sebelum ini, ada kajian yang memaparkan air liur kucing mengandungi bakteria dan boleh memberi kesan kepada tubuh manusia. - CARI |
insulin: <a href="https://i.ibb.co/L1H5nmw/ximg.jpg" target="_blank">https://i.ibb.co/L1H5nmw/ximg.jpg</a>

insulin replied at 27-11-2019 09:14 AM
ADVERTISEMENT