CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Maruah Perajurit Dan Polis Diperlekeh" Warganet Kecewa Abu Mayat Chin Peng Rupanya Sudah Lama Dibawa Balik

27-11-2019 11:05 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3535| Komen: 11|Original author: intan

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah disahkan meninggal dunia pada tahun 2013 yang lalu akibat sakit tua.

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu yang dilahirkan di Sitiawan, Perak telah hidup secara buangan di Thailand sejak Perjanjian Damai Hat Yai pada tahun 1989.


Chin Peng
Namun, setelah 6 tahun pemergian Chin Peng, abu mayatnya dilaporkan telah dibawa pulang ke Malaysia pada 16 September yang lalu. Perkara ini jauh sekali kontradik dengan dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri yang lalu, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa abu mayat Chin Peng diharamkan dan tidak sekali-kali dibenarkan untuk dibawa pulang dek kerana kekejaman yang pernah dilakukan sebelum ini, petik Astro Awani. 



Namun yang menggemparkan, sejak September lalu, terdapat beberapa orang persendirian telah membawa pulang abu mayat tersebut malah ditabur di kawasan laut Lumut, Perak dan sekitar banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tanda, tugu mahupun jirat.


Malah, proses membawa pulang abu mayat itu diuruskan oleh satu organisasi pengurusan yang mengatur segalanya termasuklah mengadakan majlis memperingati pemimpin PKM itu yang telah dihadiri kira-kira 150 orang.

Perkara tersebut telah mengundang reaksi daripada pelbagai warganet seperti yang dapat dilihat menerusi sumber Astro Awani di Facebook.


Ramai mengatakan perkara tersebut adalah tidak wajar dilakukan ekoran daripada kekacauan serta kekecohan yang pernah dibuat oleh pemimpin PKM tersebut sehingga mengorbankan ramai pasukan keselamatan negara. 

Malah, netizen juga menganggap perbuatan itu sangat biadap kerana dilakukan pada sambutan Hari Malaysia. - CARI 
1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • chicozinn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DAPee 27-11-2019 11:10 AM
@atira @bangcak @hzln @pyropura @totokreturn.
Quote manehnya 27-11-2019 11:24 AM
aku x paham knp pengikut dia x dikenakan apa2 tindakan buat perkara biadap mcm ni kt tanah air sendiri?

adakah ini golongan yg x bleh disentuh?
Quote Kurex 27-11-2019 11:29 AM
siapa la undi pee esh sebab tak suka cara pemerintahan kerajaan terdahulu
Quote gideoncross 28-11-2019 02:00 AM
Kurex replied at 27-11-2019 11:29 AM
siapa la undi pee esh sebab tak suka cara pemerintahan kerajaan terdahulu

Iol yg org Brunei pun dpt tngok yg rmai org2 M'sia mngundi PH sbb xnak d bwh kelola Najib lgi, even org2 Brunei pun ada yg ikut2, iol cuma tngokkan aje lol.

Quote harizs 28-11-2019 06:59 AM
Mana menteri pertahanan? Langsung x komen.  Senyap jer menteri pertahanan langsung x sensitif dgn perasaan tentera kita yg bertahun2 melawan komunis
Quote pokaibanktokyo 28-11-2019 07:14 AM

Setakat bangkai bapok tali barut Soviet buat habuk di malaysia pun mau heran ka?
Quote cmf_almondpecan 28-11-2019 08:09 AM
Edited by cmf_almondpecan at 28-11-2019 08:13 AM

Saya dah agak dah mesti dibawa balik setelah menjadi abu. Sorang bawak sikit atau hantar dgn kargo barangan terutamanya melalui jalan darat di utara. Hampir mustahil utk pihak berkuasa menghalang.

Walau bagaimanapun, jika dibaca klausa2 perjanjian Hatyai, mmg kerajaan telah bersetuju membenarkan semua bekas ahli PKM tidak kira pangkat dan tempat lahir sama ada utk menetap di Malaysia atau melawat Malaysia spt org lain jika tidak memilih utk menetap di Malaysia. Jadi, kalau kerajaan sendiri yg bersetuju dan berjanji secara bertulis utk membenarkan, maka tidak perlulah agaknya pimpinan2 kerajaan mahupun pembangkang buat2 terkejut kenapa dibenarkan masuk sesetengah bekas ahli PKM mcm Shamsiah Fakeh dsb.

Cessation of Hostilities.jpg
Quote dizekni 28-11-2019 09:45 AM
harizs replied at 28-11-2019 06:59 AM
Mana menteri pertahanan? Langsung x komen.  Senyap jer menteri pertahanan langsung x sensitif dgn pe ...

Mat kari kepala ikan tu pun masih blur siapa hero
siapa pengkhianat

dah macam cin tong DAP tu pulak menteri sebenar

itulah bahananya bila jawatan2 penting dikuasai komunis,
semudah itu abu yang dahulunya diharamkan secara jelas
akhirnya dapat diseludup masuk oleh komunis


Quote palmolive 28-11-2019 09:48 AM
harizs replied at 28-11-2019 06:59 AM
Mana menteri pertahanan? Langsung x komen.  Senyap jer menteri pertahanan langsung x sensitif dgn pe ...

wat mender tanya menteri pertahanan..kan komunis tu bagi dia pejuang kemerdekaan...
Quote aziep 29-11-2019 06:49 AM
hanyea seekor cina cinpeng buat selurub melayu menggelupor

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.124233 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top