CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pos Laju Dah Jadi ‘Pos Lambat’ - Ahli Parlimen Sibu

26-11-2019 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3626| Komen: 8

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew memandang serius mengenai tahap perkhidmatan kiriman barang, Pos Laju oleh Pos Malaysia Bhd di Sarawak.

Memetik Harian Metro, beliau mengeluh mengenai perkhidmatan kiriman syarikat itu yang didakwa tidak memuaskan ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sidang Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.




“Saya ingin menarik perhatian kementerian bahawa Pos Laju di Sarawak sekarang perkhidmatan mereka tidak begitu memuaskan kerana Pos Laju dah jadi ‘pos lambat’.

“Bagi kiriman barang dari Semenanjung ke Sarawak, tiga hari, satu minggu tidak sampai. Hampir dua minggu baru sampai, khususnya di Sibu ini.

“Tolong diberi perhatian oleh kementerian untuk atasi masalah ini sekali gus menambah baik perkhidmatan Pos Laju di Sarawak,” katanya seperti dipetik Harian Metro.


Tegasnya, kementerian perlu fikir cara mengatasinya kerana ia satu masalah serius. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 26-11-2019 05:47 PM
Betul tu, kch-sibu ambik masa smggu dah peheyyyy..... Mcm kirim brg ke smenanjung
Quote KIM.K 26-11-2019 06:08 PM
Yosh poslaju..barang kami da sampai sibu ne. Diharapkan dapat bekerjasama lagi ya ;-*
Quote LuvAurora 26-11-2019 11:08 PM
Xkesah barang sampai cepat or lambat janji sampai sudah
Quote Melorqe 26-11-2019 11:31 PM
aku post dari KL ke daerah sebelah je pun ambil masa 4 hari baru sampai.
tak taulah kut penangan 11.11 yg buatkan  pos lambat sampai.
Quote cikatilia 27-11-2019 09:31 AM
J&t lagi lambat
peram brg
Quote violetungu 27-11-2019 09:40 AM
tak semua servis poslaju lambat..ada kala lambat ada kala cepat..j&t pun sama jgk.yg pasti j&t suka peram barang ok.
Quote mawar_mustika 27-11-2019 10:07 AM
J&T lagi hampeh...courier plg hampeh
Quote DARSITA 1-12-2019 07:10 AM

mungkin location, or tak cukup staff or infrastructural tak sehebat di Sem.  Tu pasal ambil masa lama.


Anyway kalau ada persaingan dan dan itu jugak post laju akan jadi post ekspress!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.111740 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top