CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Upah RM20 Jaga Selipar RM1700 Di Masjid

26-11-2019 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10371| Komen: 72

Siapa yang tidak bengang dan berasa marah apabila selipar yang dibawa ke masjid hilang seusai menunaikan solat. 

Oleh itu, bagi mengelakkan kejadian tersebut berlaku, seorang lelaki mengupah rakannya untuk menjaga selipar miliknya ketika menunaikan solat di sebuah masjid di Kepala Batas. 


Berkongsi situasi itu di Twitter, warganet dengan nama @czero berkata mereka baru pulang dari sebuah majlis perkahwinan sebelum singgah di sebuah masjid. 

Foto: Twitter
Katanya lagi, dia diminta bantuan untuk menjaga selipar rakannya dan diberikan upah RM20. Tidak menyangka silapr tersebut berharga ribuan ringgit, pemuda ini berasa terkejut selepas melakukan carian Google. 

"Kawan minta menjaga seliparnya ketika dia solat di masjid. Ingat dia gurau, dia bagi upah RM20. Bila buat carian di Google...," katanya. 


Difahamkan, selipar tersebut merupakan satu jenama terkenal dan berharga hampir RM1,700 sepasang!


Tindakannya berkongsi cerita tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet. 

"Dia pakai selipar mahal pun pergi masjid juga. Yang selipar murah tu entah singgah masjid ke tak," kata seorang warganet. 

Namun, rata-ratanya memuji kerana mereka menunjukkan tindakan singgah bersolat apabila tiba masuk waktunya. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 26-11-2019 08:47 AM
selipar jenama fendi je pun..  sila tag @fendi haha
Quote highcastle 26-11-2019 08:51 AM
Aku kat kereta dah siap siap simpan selipar utk ke surau/masjid........
Quote Peterpan17 26-11-2019 08:51 AM
pakailah selipar jepun yg rega RM5. dah kenapa pakai slipper rega riban riban ke masjid klu takut kena curi. tak faham aku org begini
Quote Kurex 26-11-2019 08:57 AM
mahal2 bawah kaki jugak tempat dia
Quote yuki812 26-11-2019 08:59 AM
ok lah tu. at least bkn pemilik selipar tu yg g war2kan harga selipar dia yg beribu tu. maybe dia takde selipar lain dlm keta. tak nampk unsur riak disitu.
Quote apam 26-11-2019 09:13 AM
Benda macam ni pun nak dibincang dan dibahaskan dalam media sosial.
Haritu mak bapak budak bagi 10k kat anak upsr diupkan di media sosial untuk dibincang, dibahas, didebatkan secara terperinci oleh golongan intelektual ummah meleise.
Quote Themilo 26-11-2019 09:14 AM
ingatkan alep sokri tadi
Quote najib888 26-11-2019 09:39 AM
Peterpan17 replied at 26-11-2019 08:51 AM
pakailah selipar jepun yg rega RM5. dah kenapa pakai slipper rega riban riban ke masjid klu takut ke ...

Kan dah tulis tu.. depa baru balik dari kenduri kahwin.. singgah masjid nak solat Asar.
Quote Forfoxache 26-11-2019 09:45 AM
Ko tanya la tuhan ko yang ko dok sujud tu, sebab apa nasib ko sebegitu. Ko gi dengki ngan mahluk Allah sebab ko pemalas bangsat buat apa? Or maybe ko jeles dia lahir dari keluarga yang senang?

Ingat bai, ko yg pilih jasad, keluarga dan nasib ko sebelum Allah swipe clean memory ko dan hembuskan roh kedalam janin masa ko dalam perut mak ko. Ko yang nak test diri ko sendiri. Bila ko lupa tu sebab setannya jeneral dah landing atas helipad kepala ko.
Quote jazaa100 26-11-2019 09:50 AM
Peterpan17 replied at 26-11-2019 08:51 AM
pakailah selipar jepun yg rega RM5. dah kenapa pakai slipper rega riban riban ke masjid klu takut ke ...

Dia baru balik dari majlis perkawinan
Quote Peterpan17 26-11-2019 10:00 AM
najib888 replied at 26-11-2019 09:39 AM
Kan dah tulis tu.. depa baru balik dari kenduri kahwin.. singgah masjid nak solat Asar.

ya, aku baca. aku selalu standby slipper jepun kat keta & aku percaya ramai org pun buat mcm tu
Quote Peterpan17 26-11-2019 10:02 AM
jazaa100 replied at 26-11-2019 09:50 AM
Dia baru balik dari majlis perkawinan

aku dah baca. as usual aku selalu standby slipper jepun dlm keta. most people I know did the same.
Quote jazaa100 26-11-2019 10:07 AM
Peterpan17 replied at 26-11-2019 10:02 AM
aku dah baca. as usual aku selalu standby slipper jepun dlm keta. most people I know did the same. ...

Hari tu dia tumpang keta kwn gi majlis kawin
Quote intanazlynna 26-11-2019 10:17 AM
i would do the same....

Quote minguk 26-11-2019 11:22 AM
Peterpan17 replied at 26-11-2019 08:51 AM
pakailah selipar jepun yg rega RM5. dah kenapa pakai slipper rega riban riban ke masjid klu takut ke ...

kan dia cakap dia dari kenduri... so dia bergaya la, tak bawak selipar lebih maybe.

Quote Peterpan17 26-11-2019 11:41 AM
jazaa100 replied at 26-11-2019 10:07 AM
Hari tu dia tumpang keta kwn gi majlis kawin

boleh je bawa slipper extra selit bawa seat. aku pun selalu buat camtu klu tumpang keta adik
Quote palmolive 26-11-2019 11:51 AM
kasut Pa'Din Musa lagi mahei dari ni
Quote tripleid 26-11-2019 12:02 PM
Forfoxache replied at 26-11-2019 09:45 AM
Ko tanya la tuhan ko yang ko dok sujud tu, sebab apa nasib ko sebegitu. Ko gi dengki ngan mahluk All ...

sbb tu ak x caya setad ckp kaya tu ujian..mana ada org kaya zaman skrg yg menyombong.


Quote Artemesiaa 26-11-2019 12:09 PM
Yang kawan pun gigih nak up story jadi jaga selipar tu buat apa jadi isu je bukan dia tak tahu netizen sekarang ni kuat melatah

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.049393 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top