CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Terima Kasih Adik Insyirah" - Staf GSC Jadi 'Spy' Bantu Pelanggan Hilang iPhone

26-11-2019 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6440| Komen: 32

Pernahkah anda mengalami situasi tertinggal telefon bimbit di tempat awam? Lazimnya, ketika sedar telefon tersebut sudah pun lesap.

Namun, berbeza dengan kisah wanita ini apabila dia dibantu oleh staf GSC Alamanda di Putrajaya ketika menyedari telefon bimbitnya tertinggal di tandas ketika menonton wayang. 


"Terima kasih yang tak terhingga buat adik Insyhirah, staf GSC Alamanda yang bantu saya menjadi 'ejen Ali' tadi sampai dapat balik telefon bimbit saya," kongsi wanita bernama Ummu Ahmad. 


"Masa nak duduk baru teringat telefon tertinggal kat dalam tandas tadi. Pesan dekat anak-anak mak nak ke toilet balik.

"Bila sampai tandas yang saya pakai tadi ada orang. Elok orang tu keluar, saya terus tanya ada ternampak tak telefon tertinggal kat belakang tu. Rupanya staf GSC.


"Dia kata tak ada, saya terus dah gelabah telefon hilang dah. Adik tu tanya saya kak pakai telefon apa?. Saya kata iphone. Dia keluarkan telefon dia juga iphone," ceritanya. 

Katanya, staf tersebut segera membantunya dengan menggunakan aplikasi pada telefon. 

"Berlaku adegan kami mengejar, kata adik tu, kita kena cepat sebelum individu itu membawa keluar dari Alamanda. Arah aplikasi 'find my iphone' menunjukkan telefon berhenti di sebuah restoran makan segera.

"Dah macam dalam cerita Hindustan kami dua orang berlari naik eskalator, mengelak orang ke kiri ke kanan, sampai la kami sampai betul-betul depan lokasi yang ditunjukkan.

"Saya pun tekan button beeping my iphone. Rupanya kakak yang berdiri di belakang saya yang menyimpan telefon saya tu. Muka kakak tu dah berubah bila iphone saya 'menjerit-jerit' dari dalam beg tangan dia," katanya. 

Foto: okezone
Nasib masih menyebelahinya, wanita dapat kembali telefon bimbitnya itu.

"Terima kasih yang tak terhingga buat adik Insyhirah, staf GSC Alamanda yang bantu saya menjadi ejen Ali tadi sampai dapat balik hp saya," katanya. 

Status tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memuji tindakan staf berkenaan. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote peko_lolo 26-11-2019 09:17 AM
Lebih pada nk tau akak yg ambik tu niat curi ke cane
Quote becir 26-11-2019 09:21 AM
Dah apsal acik Tu yg bimbo..mmg hp dia hilang, camne nak carik unless Guna another iPhone to find? Lol.
Quote Forfoxache 26-11-2019 09:23 AM
Kakak jumpa hp pun buat muka inicern bila dah kantoi.

Zaman sekarang pompuan pun dua kali lima mcm lelaki. Equal opportunity = equal penibai.
Quote najib888 26-11-2019 09:26 AM
becir replied at 26-11-2019 09:21 AM
Dah apsal acik Tu yg bimbo..mmg hp dia hilang, camne nak carik unless Guna another iPhone to find? L ...

Kan.. tak faham.. hari tu pasal UAI.. di-cash-kan nya..
Quote Modngengade 26-11-2019 09:30 AM
Forfoxache replied at 26-11-2019 09:23 AM
Kakak jumpa hp pun buat muka inicern bila dah kantoi.

Zaman sekarang pompuan pun dua kali lima mc ...

Anak akak dulu2 time belajar kat KYS pernah  lah tertinggal iphone kat surau RnR Ayer Keroh,  dia guna find my iphone nilah utk track iphone dia sampai ke hotel di Segamat sana .....rupa2nya yg menyonglap iphone tu acik kepam felda yg menyertai rombongan cik kiah (di sponsor oleh UMNO)...

Lesson learnt: Zaman skrg ni susah nak cari org yg jujur sis

Quote nikaido 26-11-2019 09:36 AM
peko_lolo replied at 26-11-2019 09:17 AM
Lebih pada nk tau akak yg ambik tu niat curi ke cane

Acik2 iphone ckp security iphone terbaik di dunia. So kl dia niat curi pun xkan boleh crack
Quote Boomibulat 26-11-2019 09:38 AM
Knp tt x hasanahkan citrr ni jgk..
Cth tajuk..'kak hasanah kini di alamanda hilang iphone plk uolssss'...
Quote Forfoxache 26-11-2019 09:53 AM
Modngengade replied at 26-11-2019 09:30 AM
Anak akak dulu2 time belajar kat KYS pernah  lah tertinggal iphone kat surau RnR Ayer Keroh,  dia  ...

Tak susah. Lesson perlu belajar.

Kak dah figure out the lesson?
Quote Themilo 26-11-2019 10:17 AM
android pun ada jua fungsi sebegini. tak guna pakai iphone, tapi tak tau ada apps yang boleh membantu camni.
Quote Fieza-mira 26-11-2019 10:31 AM
peko_lolo replied at 26-11-2019 09:17 AM
Lebih pada nk tau akak yg ambik tu niat curi ke cane

Tak boleh caj dia mencuri sebab ini bukan kes curi. Dia jumpa kat toilet, mungkin dia ambik utk  simpankan sekejap sementara mencari owner atau on the way ke balai polis utk serahkan hp jumpa.
Quote peko_lolo 26-11-2019 10:41 AM
Fieza-mira replied at 26-11-2019 10:31 AM
Tak boleh caj dia mencuri sebab ini bukan kes curi. Dia jumpa kat toilet, mungkin dia ambik utk  s ...

Xyah smpi balai polis.pg information counter kat mall tu pun dah cukup
Quote aHoi83 26-11-2019 10:45 AM
Fieza-mira replied at 26-11-2019 10:31 AM
Tak boleh caj dia mencuri sebab ini bukan kes curi. Dia jumpa kat toilet, mungkin dia ambik utk  s ...

Atau mungkin tgu hp tu berdering mana tau owner call kan. So i pun sependapat utk tak menuduh secara melulu
Quote Forfoxache 26-11-2019 10:46 AM
peko_lolo replied at 26-11-2019 10:41 AM
Xyah smpi balai polis.pg information counter kat mall tu pun dah cukup

Betul. Memang akak tu ingat rezeki dia la hari tu.

Keyword, “rezeki”.  Dafcuk do you even wear tudung for then?
Quote minguk 26-11-2019 10:46 AM
macam mana nak guna find my iphone tu? kena setting apa dekat iphone sendiri?
maaflah i noob.
Quote DollahRepek 26-11-2019 10:52 AM
minguk replied at 26-11-2019 10:46 AM
macam mana nak guna find my iphone tu? kena setting apa dekat iphone sendiri?
maaflah i noob.

mmg dah ada dekat apps..carik dekat "folder"..pastu masukkan apple id
Quote minguk 26-11-2019 10:59 AM
DollahRepek replied at 26-11-2019 10:52 AM
mmg dah ada dekat apps..carik dekat "folder"..pastu masukkan apple id

owhhhh ye ke? alaaa apple id pun lupa ahahahahahahahahha... hmmm ni kalau hilang sesia la ni..

btw thanks tau u bagi info kat i


Quote siput_gondang 26-11-2019 11:06 AM
Akak ni tlg promote iphone ni. Hebat. Neway dl ak ada kwn pakistan. Zmn tu blm smartphone lagi. Laki kwn aku tu army and stay pakistan. One day phone kwn ak tu hilang, lakinya siap dpt detect kt mana. Rupanya ada budak cina curi. Dasat betul. Siap letak peranti dlm phine wife ke apa.
Quote peko_lolo 26-11-2019 11:07 AM
Forfoxache replied at 26-11-2019 10:46 AM
Betul. Memang akak tu ingat rezeki dia la hari tu.

Keyword, “rezeki”.  Dafcuk do you even we ...

Ye ah mcm member aku jmpa gold bar ke ape pggil yg nipis tu terselit celah sofa kedai makan. Rezeki katanya.
Quote Modngengade 26-11-2019 11:11 AM
Forfoxache replied at 26-11-2019 09:53 AM
Tak susah. Lesson perlu belajar.

Kak dah figure out the lesson?

Ramai acik pprt dlm CI ni.....

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.181513 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top