CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Allah Pertemukan Kami" - Dai' Farhan Kahwin Janda Anak 8 Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama

26-11-2019 09:48 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 26624| Komen: 83|Original author: intan

Setelah senyap isu Pencetus Ummah Abu ataupun lebih dikenali sebagai PU Abu bersama isteri baru dan bekas isteri yang mencetus kontroversi suatu ketika dahulu, kali ini dengar-dengar Dai' Farhan pula terpalit isu yang sama.



Tapi, kali ini Dai' Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad ini  mengakui secara terang-terangan mengenai isunya berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama beliau. Juara rancangan dakwah Dai' musim kedua ini telah mengumumkan mengenai rumah tangga keduanya itu di laman Instagramnya, semalam.

Namun, yang menjadi isu apabila seorang pengguna Facebook mendedahkah bahawa Dai' Farhan sebenarnya menggunakan dalil agama untuk memenuhi kepuasan nafsu. Tuduhan berat itu dilemparkan oleh saudari Ches Al-Maliki dan telah menetapkan post panjang itu sebagai umum dan berharap Dai' Farhan dapat membacanya. 


Dapat tahu suami bernikah melalui orang lain

Stop putar belit cerita
Kena gelar macam - macam

Walaupun menggunakan nama samaran Encik F dan menutup wajah Dai' Farhan dan isteri barunya itu dengan emoji, namun ramai yang dapat mengagak siapakah gerangan lelaki tersebut.

Senang kata, wanita tersebut menganggap Dai' Farhan telah bertindak kejam terhadap isteri pertamanya yang kini sarat hamil anak kedua kini. Menurutnya, isteri pertama hanya mengetahui kisah perkahwinan kedua Dai' Farhan melalui mulut orang lain dan telah bernikah senyap-senyap tanpa prosedur mahkamah di tanah suci.


Berbalik kepada posting Dai' Farhan di Instagram yang memberi penghargaan kepada isteri pertama yang tabah menerima hakikat tersebut.
Luar biasa Ustaz..

Hebat Syeikh, respek!

Di laman komen, ramai pengikut telah mengucapkan tahniah di atas perkahwinan kedua Dai' Farhan. Diharap Dai' Farhan dapat tampil memberi penjelasan terhadap tuduhan tersebut. Mungkin dah boleh buat surat terbuka barangkali? - CARI

9

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote natrahn 26-11-2019 10:08 AM
nak tunggu PU komen
Quote ais_kosong 26-11-2019 10:15 AM
terus rasa meluat tengok muka beliau
Quote Kejora927 26-11-2019 10:31 AM
Hahaha bukan kaleng2 .. but who am i to judge..
Quote noorhairiahma 26-11-2019 10:57 AM

tak adanya PU daei imam muda imam tua ke apa semua tu nak komen.
Quote natrahn 26-11-2019 11:00 AM
noorhairiahma replied at 26-11-2019 10:57 AM
tak adanya PU daei imam muda imam tua ke apa semua tu nak komen.

kan..kalau pasal orang lainnn....cepat je dorang...double standard betul..
Quote taji2906 26-11-2019 11:00 AM
bugima jek yg acah2 guna agama nk kawin 2 ni..

jilake tul laki acah2 baik n cari pempuan lain ni.. nk kat no2 diburuk2kan no 1.. x bahagia la, x serasi la.. tp masa sama tambah anak lagi.. puiii laaa.. vass sgt la laki mcmni..
Quote sarah82 26-11-2019 11:01 AM
Middle finger utk ang. Sekian.
Quote dahlan_tampan 26-11-2019 11:03 AM
Sebab itu kalau ada masalah rumahtangga, jangan dicerita kepada orang yang fasik/tak amanah. aku boleh katakan di sini, org tgh yg isteri da'i Farhan luahkan perasaan tu tak amanah. Orang tengah ni eloklah di kalangan ibu /bapa. hanya suami , isteri pertama dan isteri kedua tu sahaja yg tahu keadaan rumahtangga mereka. org luar xtahu keseluruhannya.
Quote dewi_rina 26-11-2019 11:08 AM
Amboi kecik2 cili padi ye Da'i
Quote tuberoses 26-11-2019 11:13 AM
  tu je la yg ko pandai kan.buat koleksi.

Quote manehnya 26-11-2019 11:26 AM
bangga sangat dengan gelaran DAI, PU
Quote awanysss 26-11-2019 11:27 AM
amboi caption kau... mcm tak plan je nak menikah ni..
kalau ikut cerita kat fb tu mmg bercinta, cara ostad tulis mcm tetiba jumpa terus dinikahkan..

benci aku org kawin ramai ni.. mcm baik sgt..
Quote justchu 26-11-2019 11:49 AM
kihkihkih, "langit payung Kaabah" katanya..so they expect till jannah kununla.
Helll no...abu jahal, abu lahab segala tu ko pikir kawen kat mana?
Depa kawen kat israel ko pikir?
Quote awanearisu 26-11-2019 11:51 AM
Cukupkanlah terus empat. Alang-alang dah ada sumber kewangan yang kukuh ini. Anak-anak macam tak biasa je kan, serah sahajalah pada isteri-isteri untuk uruskan.
Quote mawar_mustika 26-11-2019 11:51 AM
kalau btullh die kawin tanpa pengetahuan isteri pertama & tgh tunggu masa je nk beranak memang hilang respek daku pd ustaz ni....menyampahnye

selalu jugak tgk ustaz ni bg tazkirah...lembut senyum je...tak sangka mcm ni punye perangai...mmg tak slh nk kawin lg tp at least hormatlh sket perasaan isteri pertama....i cant imagine tgh tunggu due plak tu...eiii geram btol

mmg tak kan tgk dh kalau die bg tazkirah lepas ni
Quote bobo_beck 26-11-2019 11:56 AM
Inilah ujian kehidupan.. semoga diberikan jalan penyelesaian dan dimudahkan segala urusan..
Quote iznanaziz 26-11-2019 12:46 PM
dahlan_tampan replied at 26-11-2019 11:03 AM
Sebab itu kalau ada masalah rumahtangga, jangan dicerita kepada orang yang fasik/tak amanah. aku bol ...

mungkin dia malu nak cerita pada keluarga dia pasal rumahtangga dia.
dia percaya kepada org tengah ni, dan org tengah telahpun menasihati suami dia.
kekadang kita lebih percaya kepada rakan.
Quote farlis 26-11-2019 12:56 PM
dahlan_tampan replied at 26-11-2019 11:03 AM
Sebab itu kalau ada masalah rumahtangga, jangan dicerita kepada orang yang fasik/tak amanah. aku bol ...

Yg ni i setuju.. Org tgh tu tak amanah. Dan siapa dia nk bercakap bg pihak si isteri... Kdg2 isteri cuma nk meluah.. Bukan nk mintak org luar hebohkan seantero dunia..

Apa yg suami dia buat tu mmg x betul la...
Quote mawar_pink 26-11-2019 01:03 PM
kalo xde org tgh tu yg bgth..xdenya org akan tahu yg si farhan ni menunggang agama...ayat bukan main...kalo isteri tu redha n blh terima  xdenya dia nk citer kat org..

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041185 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top