CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bukan Jenis Artis Muka Bersepah," Redza Rosli Tidak Kisah Dilabel Sukar Didekati

25-11-2019 04:05 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 11293| Komen: 42|Original author: SakuraJo

Pelakon Redza Rosli baru-baru ini menjelaskan yang dia tidak kisah dilabel sebagai artis yang sukar didekati namun tidak bermaksud yang dia mengelak daripada memberikan kerjasama jika diperlukan. Kata-katanya itu adalah sebagai menjawab pertanyaan pihak Berita Harian ketika di lokasi penggambaran drama bersiri arahan Feroz Kader. 



"Saya bukan jenis artis 'muka bersepah' yang boleh dilihat di mana-mana. Sekiranya menerima undangan menghadiri acara hiburan, saya akan luangkan masa sebagai menghormati penganjur," ujar pelakon bertubuh sasa ini yang enggan memberi kenyataan lanjut berhubung gosip percintaannya dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat. 

Kredit foto : Carian Google

Redza turut menjelaskan yang dia lebih selesa melakukan aktiviti lasak dan meluangkan masa bersama keluarga sekiranya tiada penggambaran dan tidak gemar menghabiskan masa melepak tanpa tujuan hanya untuk membuktikan yang dirinya masih lagi relevan dalam industri hiburan. 

"Jika sekadar mahu tunjuk muka untuk membuktikan saya masih aktif, saya tiada masa."

"Selagi ibu dan bapa masih ada, saya hargai masa bersama mereka. Itulah kebahagiaan saya kerana saya tidak suka buang masa melepak tanpa arah tujuan."


Akui Redza, walaupun kariernya dilihat seperti tenggelam timbul, tetapi dia bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus. Pun begitu, Redza enggan terikat dengan watak antagonis dan mahu menonjolkan sisi lain dalam lakonannya.

"Jujurnya, saya memilih karakter dan jalan cerita sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini. Saya tidak mahu penonton melihat saya melakonkan watak yang sama."

Redza juga bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk memegang watak hero serta melakonkan karakter yang berat. 


Baguslah begitu Redza. Tidak perlukan gosip murahan hanya kerana mahu menonjol. Yang penting berbakat dan ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja. InshaAllah rezeki tidak akan terputus. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote papazola90 25-11-2019 04:15 PM
Spill the tea chuols, hahahahahaa.
Quote ReginaGeorge 25-11-2019 04:17 PM
Cheta male version la khuenss
Quote fushimi 25-11-2019 04:19 PM
heols boleh tahan handsome

tapi sendu je
Quote BicaraHatiku 25-11-2019 04:20 PM
jaga ekslusip ... jgn kantoi duduk rumah kangkang depan cam buat bahulu dah le bro.
Quote Ritacomels 25-11-2019 04:25 PM
Halah2 statement kemain berlagak.. Ko x bersepah memana pon tetap x eksklusif.. Naseb pandai berlakon.. So layan la jgk cite ko
Quote Themilo 25-11-2019 04:28 PM
what say you @Kurex ? meols bolayan aja artis2 kekwat cenggini..
Quote Kurex 25-11-2019 04:32 PM
Themilo replied at 25-11-2019 04:28 PM
what say you @Kurex ? meols bolayan aja artis2 kekwat cenggini..

tak pernah minat dia.. selalunya yg kekwat gini diranjang tersangat kaku
Quote cikuduku 25-11-2019 04:37 PM
alahhh kau igt kau duk mkn kt ayam gepuk sg besi tu ada org nk beratur ke ambil gambar dgn kau? tak de. kau mkn je dgn aman. x de sapa nk mkn dgn kau. masa kau dgn ayda mat aris bole la org toleh 3 kali tgk ko. tapi skrg tak dah. takkkkkkkk dahhhhh.
Quote famri7 25-11-2019 04:39 PM
Who arrr yuss
Quote nuril86 25-11-2019 04:51 PM
muke dia klw jmpe.. susah nak senyum... sombong pon ye gak...
Quote BoongaKertas 25-11-2019 05:03 PM
cikuduku replied at 25-11-2019 08:37 AM
alahhh kau igt kau duk mkn kt ayam gepuk sg besi tu ada org nk beratur ke ambil gambar dgn kau? tak  ...

hahaha! ayat chuols mcm mrh bebenor ni. haters heols ke chuols?
Quote cikuduku 25-11-2019 05:08 PM
BoongaKertas replied at 25-11-2019 05:03 PM
hahaha! ayat chuols mcm mrh bebenor ni. haters heols ke chuols?

haha sebab dia poyo. ada la kejadiannya.
Quote BoongaKertas 25-11-2019 05:10 PM
cikuduku replied at 25-11-2019 09:08 AM
haha sebab dia poyo. ada la kejadiannya.

teringat fans no.1 dia kena jerkah dulu psl tegur heols mendiva lps kapel ngn aj. chuols jd haters lepas kes tu ke?
Quote cikuduku 25-11-2019 05:14 PM
BoongaKertas replied at 25-11-2019 05:10 PM
teringat fans no.1 dia kena jerkah dulu psl tegur heols mendiva lps kapel ngn aj. chuols jd haters ...

haha bukan. dia bakat ada. tak kisah la. tpi jgn la poyo.
Quote harubom 25-11-2019 05:21 PM
cikuduku replied at 25-11-2019 04:37 PM
alahhh kau igt kau duk mkn kt ayam gepuk sg besi tu ada org nk beratur ke ambil gambar dgn kau? tak  ...

Dia selalu mkn situ kechuols. Aku mmg xsuka kalau tgk dia berlakon sbb nmpk poyo
Quote hasniey 25-11-2019 05:28 PM
Eleh mcm la exclusive sgt khenn
Jaga2 exclusive sgt tu.kang xde job merempan.cuba ikut janna nick.semua job dia ok.rezeki kan
Quote sharlenetexas 25-11-2019 05:30 PM
Mula2 tgk heols kat astro jadi anak derhaka bapakhayam lacurkan mak heols.
Quote Rogue98 25-11-2019 05:39 PM
Masa dgn ayda jebat dulu bukan dah bersepah ke muka dia. Tapi xde orang layan sbb xde x factor.
Quote RatuDunia94 25-11-2019 07:22 PM
Heols ni sedap la jugak kan.. tp statement ni mmg berbaur kepoyoan..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064051 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top