CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Malaysia Yang Memandu 25 000 Km Akhirnya Disatukan Dengan Kekasih Jerman

28-11-2019 10:43 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5012| Komen: 13|Original author: Sang_Pencinta

Masih ingat Hadri, lelaki Malaysia yang jatuh cinta dengan seorang gadis Jerman dan memulakan perjalanan darat memandu ke negara itu sejauh 25,000 km pada bulan Ogos lalu? 



Kredit foto: Carian Google


Kini Hadri dan wanita itu yang sudah menjadi tunangnya berjaya disatukan dan kini dalam perjalanan bersama ke Belgium dan Perancis.

Mengimbas kembali thread yang lalu, Hadri terbang ke Jerman pada tahun 2009 untuk melamar gadis Jerman yang dikenalinya sejak 2007. Kemudian Ogos tahun ini, Hadri memulakan perjalanan darat merentasi Eropah untuk bertemu tunangannya itu. Perjalanan Hadri menerima tajaan banyak pihak antaranya FTuned Suspension/Yokohama Tyres dan dibantu oleh Tourism Malaysia dalam urusan visa.


Kredit foto: Carian Google





Pengembaraan Hadri merentasi sempadan pelbagai negara dicatatkan dala  Instagramnya dan beliau memaklumkan menemui ramai warga tempatan dan luar negara yang mengenali keretanya yang kini popular dengan plat AE86.

Walaupun berjumpa ramai rakan baru dan sempat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, Hardi pernah berdepan masalah antaranya visa di Rusia tetapi akhirnya tiba di Jerman menemui tunangnya pada 30 Oktober lalu.


Kredit foto: FB



Hadri kini berkata mereka berdua bersama beberapa orang teman kini dalam perjalanan ke Belanda sebelum mengelilingi Eropah dan kembali ke Malaysia melalui jalan udara.

Katanya mereka ada rancangan besar selepas sampai ke negara ini. Mungkinkah perkahwinan? Tahniah dan selamat pengantin baru.- CARI 

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 28-11-2019 10:52 AM
Hmmm tahniah
Quote CiliPadiSedap 28-11-2019 11:01 AM
Muka emma maembong + rambut ekor kuda padi =  repair baka =original not serambi moscow= memang lagi syantik
Quote Boomibulat 28-11-2019 11:05 AM
Dh btunang sejak thn 2009 lg...?
Quote Kurex 28-11-2019 11:17 AM
berjaya la utk viral
Quote manehnya 28-11-2019 11:20 AM
ok, moga naik cepat menikah
Quote missycutie 28-11-2019 11:21 AM
Apakah sumbangannya??? {:question
Quote whadda 28-11-2019 11:56 AM
ni sambil menyelam minum air le ni.. orang bagi sumbangan pusing dunia sambil menjengah awek
Quote any42 28-11-2019 12:09 PM
tahniah la. penat drive mrntas yurop semoga jdoh bpnjangan ke jinjang plamin.
Quote justchu 28-11-2019 12:35 PM
missycutie replied at 28-11-2019 11:21 AM
Apakah sumbangannya??? {:question

Nanti malaysia tenggelam tahun 2050 boleh la pindah ke jerman

dia je la yg pindah haha
Quote Victorioussss 28-11-2019 04:10 PM
Yey dh drive jauh2 penat2 dh smpai jmpe gelpren bole la main pasni

Main chess la ape kotor betul pemikiran korg ni
Quote gideoncross 28-11-2019 04:46 PM
whadda replied at 28-11-2019 11:56 AM
ni sambil menyelam minum air le ni.. orang bagi sumbangan pusing dunia sambil menjengah awek

Ha'ah, kna taja, tu yg sng tu. Cuba lh 100% duit sndri, mungkin blum tntu dia nak buat mcm ni, jln jauh2.

Quote gideoncross 28-11-2019 04:47 PM
Victorioussss replied at 28-11-2019 04:10 PM
Yey dh drive jauh2 penat2 dh smpai jmpe gelpren bole la main pasni

Main chess la ape kotor betul  ...

.
Quote Levespa 28-11-2019 05:52 PM
jadi kisahnya memandu ke german je la ni.. yg jumpa awek tu sambil2 je.. lain la kalau Kisah PK Mahanandia tu.. baru la hebat dan dikenang orang sampai bila2

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.076710 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top