Nasir Bilal Khan mengakui yang dia telah menolak 20 tawaran lakonan kerana kecewa sungguh dengan penghasilan drama masa kini yang tiada hala tuju.
"Secara jujurnya, apabila diberitahu tajuk drama saya rasa seperti nak termuntah. Masakan tidak, drama sekarang hanya berkisar cinta cintun," katanya sebagai panel pada Kongres Sangga Artis Veteran di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang. Tambahnya, penghasilan sesebuah karya sepatutnya dapat mendidik masyarakat dan membentuk negara. "Tugas artis mengajar orang ramai dan menghasilkan moral yang baik. Artis ada tanggungjawab, anak seni sepatutnya memandang sesuatu di sebalik sesuatu.
"Hasil seni juga perlu memandang 100 tahun ke hadapan bukannya seperti sekarang," katanya kepada Harian Metro. Dahulu pun dia mahu bersara sebagai pelakon tapi ditangguhkan selepas dipujuk membintangi telefilem Tanah Kubur. Kalau stesen TV nak hasilkan drama mengarut, sepatutnya pihak produksi yang perlu menjadi tentera dengan menentang ideologi tersebut. Bukan itu sahaja, pelakon ini juga mencadangkan agar artis berpengalaman diberi peluang menjayakan program anjuran jabatan kerajaan, selain Kerajaan Persekutuan atau negeri memberikan darjah kebesaran berserta elaun khas untuk mereka. "Dalam keadaan sekarang, ada dalam kalangan artis lama bergelar Datuk masih meminta-minta di usia tua mereka." Setuju tak dengan pendapat Nasir ni? -CARI
|
15
Bagus |
2
Marah |
5
Terkejut |
3
Sedih |
1
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Pakis replied at 23-11-2019 09:09 AM
Betul tu. Tajuk drama sekarang boleh kata cam mengerikan sket.
ciksom replied at 24-11-2019 04:36 PM
Mesti watak dato dato ni. Tak dapat nak bayangkan tok adi lontarkan skrip tentang projek juta juta. ...
ADVERTISEMENT