Apa nak jadi? Seorang penjual ubat berusia 64 tahun dilaporkan mencabul seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam kejadian di Simpang, Taiping minggu lalu.
Astro Awani melaporkan mangsa dikatakan didatangi suspek yang ingin menjual ubat kepada mangsa yang kebetulan sedang sakit di pinggang. "Suspek telah membawa mangsa keluar menaiki sebuah kereta ke satu kawasan berhampiran sebelum berhenti di tepi jalan. Suspek kemudian memberi satu minuman yang menyebabkan mangsa berasa khayal. "Dalam keadaan separuh sedar itu suspek bertindak meraba, memeluk dan mencium seluruh badan sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman.
Suspek juga dikatakan menjalankan perkhidmatan urut tradisional. "Hasil siasatan mendapati suspek memandu kereta jenis Proton Iswara menggunakan nombor pendaftaran palsu. "Suspek kemudiannya ditahan semalam dan direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut," katanya lagi. - CARI
|
sukacactus replied at 21-11-2019 09:10 PM
Tua muda, laki pompuan, baby atok, semua dah xselamat skrg ni
harisbee replied at 21-11-2019 09:36 PM
Lucunya kes ni terbahak2 menahan ketawa
DAPee replied at 21-11-2019 07:34 PM
@pyropura @dess402 @Kurex @Orix @bangcak
ADVERTISEMENT