Kes buli pelajar sekolah seakan tiada noktahnya. Terbaru, satu rakaman video berdurasi 30 saat memaparkan pergaduhan antara mangsa buli dengan dua rakan sekolah tular di media sosial. Tidak tahan dibuli termasuk dipukul sejak sekian lama, mangsa berusia 14 tahun itu akhirnya tampil membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh.
Memetik Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, kejadian buli itu berlaku apabila mangsa dipaksa menyiapkan kerja sekolah rakan-rakannya itu. Mangsa enggan menurut arahan rakannya kerana cuti sekolah akan bermula menyebabkan dia dipukul beberapa kali dengan kaki dan tangan. Sementara itu, BERNAMA melaporkan bapa mangsa Mohd Khairul Anuar Razak, 40, berkata, ini adalah kali kedua anaknya dibuli. Kejadian pertama berlaku pada awal tahun ini. Pada kali pertama, dia tidak membuat laporan polis kerana diselesaikan secara muafakat antara beliau dengan pihak sekolah. "Saya tidak menyangka kejadian seperti itu masih berulang buat kali kedua," katanya. Tinjauan komen mendapati, rata-rata warganet berpuas hati apabila mangsa membalas pukulan pembuli-pembuli terbabit. Kes berkenaan akan disiasat di bawah $eksyen 147 Kanun Keseksaan. Pihak polis memandang serius kes buli kerana ia akan menyebabkan mangsa trauma. Pihak polis juga meminta ibu bapa dan guru supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan kes buli berlaku kepada pelajar lain. - CARI
|
chicozinn replied at 22-11-2019 11:11 AM
bagus budak ni akhirnya stood up..wahai mangsa2 buli sekalian, berani melawan balik bukan tanda kora ...
paku_karat replied at 22-11-2019 11:22 AM
mesti sekolah teknik nih..pdhal beza setahun je beria sgt senior junior korang ek..
kwn2 aku ram ...
chicozinn replied at 22-11-2019 11:23 AM
bukan tapi skola asrama penuh la..nice try hehehehe
alaa replied at 22-11-2019 10:41 AM
mana nak tengok ek vid tu
natrahn replied at 22-11-2019 11:29 AM
video ada di artikel
chicozinn replied at 22-11-2019 11:11 AM
bagus budak ni akhirnya stood up..wahai mangsa2 buli sekalian, berani melawan balik bukan tanda kora ...
ADVERTISEMENT