Guru mana yang tidak berasa gembira melihat kejayaan anak murid mereka. Bagaikan hilang segala penat lelah apabila mereka berjaya membawa sebuah kejayaan terutama dalam peperiksaan.
Itulah yang dikongsikan oleh guru ini menerusi akaun Twitter. Dikenali sebagai Syafaat Nasir, guru ini memuatnaik gambarnya bersama satu-satunya pelajar yang mendapat 6A bagi UPSR di sekolahnya tahun ini. "Our best student, Odah. "Sorang je dapat 6A. Pandai, hormat cikgu, selalu senyum, suruh apa pun dia buat walaupun dia tak reti," tulisnya. Namun, apa yang paling menyentuh hati, apabila Odah enggan menerima hadiah berupa duit yang ingin diberikan kepadanya. "Tak payahlah cikgu. Cikgu dah ajar saya pun dah cukup." "Susah nak dapat anak murid macam ni." Menurut Cikgu Syafaat lagi, Odah mampu berjaya meskipun cuma orang kampung kerana sokongan padu daripada ibu bapanya. Ibu bapa Odah tak pernah merungut pasal sekolah, katanya lagi. Warganet turut berasa bangga dan tersentuh dengan kisah Odah ini. Ada yang turut berkongsi kisah sama, bermula sebagai anak kampung namun mempunyai ibu bapa yang tegas dalam pelajaran. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
caprut: Cikgu dan share dlm media sosial brpisah tiada. Pastu ckp kjer pling busy
ADVERTISEMENT