CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Larangan Pelakon Muda Disolek Untuk Watak Orang Tua Tak Masuk Akal - Michael Ang

21-11-2019 10:24 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11330| Komen: 60|Original author: Oleh: natrahn

Terdahulu, Pengerusi FINAS Datuk Hans Isaac memaklumkan semua stesen penyiaran dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersepakat untuk tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek bagi memegang watak orang tua dalam drama atau telefilem terbitan mereka mulai Januari 2020.




Kredit foto: Instagram Hans Isaac

Usai pengumuman tersebut dibuat, kenyataan Hans itu menerima pelbagai komen daripada penggiat seni dan netizen. 

Kebanyakan netizen bersetuju dengan keputusan itu dan merasakan keputusan berkenaan tepat kerana pemilihan pelakon veteran membawakan watak berusia membuatkan karya tersebut lebih realistik dan bersesuaian. 

Malah, dengan terlaksananya syarat tersebut, hak dan kebajikan pelakon lebih terbela. Jika tidak, asyik membawa watak tempelan atau hantu sahaja kan?



Kredit foto: Instagram Michael Ang

Namun, pengarah terkenal Michael Ang berpendapat sebaliknya. Beliau menyifatkan tindakan stesen televisyen dan FINAS itu agak tidak masuk akal kerana ianya menyekat kebebasan untuk berkarya.



Keputusan itu dilihat berat sebelah kerana seolah-olah menutup periuk nasi pihak lain dan isu ini sepatutnya diperhalusi lagi. 

Michael Ang menyuarakan rasa kurang senang dengan peraturan yang ditetapkan. Lihat lanjut:



Ada benarnya kata Michael Ang. Mungkin FINAS perlu membuat sedikit pindaan pada syarat tersebut di mana keutamaan watak tua harus diberikan kepada pelakon veteran sekiranya bersesuaian dengan kehendak skrip dan keperluan produksi. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supermum 21-11-2019 10:33 AM
Zizie Izette jadi mak tiri Fazura tu logik ke? Uqasha jadi anak Zizie. Memang patut Finas buat begini. Muntah tengok org mid 30s to early 40s jadi mak bpk kpd rakan sebaya sendiri. Dulu ada satu drama, Aida Aris jadi mak sape ntah dalam drama Mawaddah.
Quote Boomibulat 21-11-2019 10:35 AM
Klu x nak ikut rule baru ni ape jadi..blh didakwa di mahkamah ke..?
Quote Kurex 21-11-2019 10:41 AM
takpelah.. bukan aku tengok pun drama melayu ni
Quote YomiuriLandMae 21-11-2019 10:50 AM
alah kalo kau menentang rule ni pun bknnya kau ada buat cerita style pelakon tu jadi tua dr umur 20an ke 60an.. blk2 plot citer yg sama jah.. no wonder la finas pun tau style pengarah2 drama kt malaysia ni kalo buat drama cmne..
Quote pjade 21-11-2019 10:56 AM
Brad Pitt pun boleh disolek jadi tua. Will Smith pulak guna CGI jadi muda balik. How stupid is FINAS?
Quote awanysss 21-11-2019 10:58 AM
alaa michael ang.. cerita dia semua pelakon ulang2 je..
Quote anony-mous 21-11-2019 10:59 AM
pjade replied at 21-11-2019 10:56 AM
Brad Pitt pun boleh disolek jadi tua. Will Smith pulak guna CGI jadi muda balik. How stupid is FINAS ...

Ko ni xphm kot apa finas cuba buat. Brad pitt kene la solek kalau cerita tu mcm benjamin button. Ni cerita bodoh pukul 7 je pon , beza umur 10thn tp pegang watak ibu anak
Quote Aunty_Acid 21-11-2019 11:00 AM
Amitha bachan lagi win, watak cucu, anak, bapak dan atok semua dia yg pegang 4 dlm 1 uollssss hahahaha, jimat kos
Quote AshkieLa 21-11-2019 11:05 AM
ko buat dulu citer macam Bisik Pada Langit, Nur Kasih ... (dua2 citer best ni Kabir Bhatia yg arah)...
baru sembang....

kalau setakat bikin standard citer cintan cintun kul 7.. kul 10..
Quote kucingitam 21-11-2019 11:07 AM
supermum replied at 21-11-2019 10:33 AM
Zizie Izette jadi mak tiri Fazura tu logik ke? Uqasha jadi anak Zizie. Memang patut Finas buat begin ...

mak tiri logik je.. bini amy search pun dekat sebaya abil pe..

kalau mak betul tak logik la..

lagi tak logik kalau mak maria farida, anak dia rosham nor..


Quote Biabetik 21-11-2019 11:10 AM
supermum replied at 21-11-2019 10:33 AM
Zizie Izette jadi mak tiri Fazura tu logik ke? Uqasha jadi anak Zizie. Memang patut Finas buat begin ...

Kan. Geli hati tengok ank tiri dah berkedut kat mata. Dah tu fikri Ibrahim jd abgnya. Agak2 la, logik buat citer tu kena ada la bhai
Quote abadi84 21-11-2019 11:12 AM
Fiza Elite jd mak kpd Nad Zainal...
Quote pjade 21-11-2019 11:20 AM
anony-mous replied at 21-11-2019 10:59 AM
Ko ni xphm kot apa finas cuba buat. Brad pitt kene la solek kalau cerita tu mcm benjamin button. N ...

Ko pun x paham kot point yg aku tulis. Kalau macam tu, why not letak org tua untuk role Brad Pitt yang tua. Why not African American actor muda untuk Will Smith? Pikir la outside the box sikit, FINAS. Kalau nak create role untuk orang tua, tak payah la asyik cerita Maju Holdings punya level je.

Quote miracle_forever 21-11-2019 11:29 AM
supermum replied at 21-11-2019 10:33 AM
Zizie Izette jadi mak tiri Fazura tu logik ke? Uqasha jadi anak Zizie. Memang patut Finas buat begin ...

tiru indon kan.. mak muda2
Quote gitchewww 21-11-2019 11:30 AM
Cakap je lah jujur malas nak casting, tak nak buang duit ambil ekstra or veteran. Guna org muda berlakon watak orang tua ni dah level budak u study filem tak cukup bajet.

Director patutnya protect karya dorang daripada nampak artificial tapi ni makin sokong ada lah. Mana audience nak percaya, nampak merepek lagi ada
Quote fushimi 21-11-2019 11:35 AM
Kurex replied at 21-11-2019 10:41 AM
takpelah.. bukan aku tengok pun drama melayu ni

iols sekarang banyak layan drama turkey je

hero heroin bertiang sedap mata memandang
Quote jijilaaa 21-11-2019 11:35 AM
xpela..amek je org muda...tp jadikan mak tiri..mcm zaryn min jadi mak tiri si amyra rosli
Quote supermum 21-11-2019 11:40 AM
kucingitam replied at 21-11-2019 11:07 AM
mak tiri logik je.. bini amy search pun dekat sebaya abil pe..

kalau mak betul tak logik la..

Masalahnya Uqasha jadi anak dia. Kalau dia beranak umo 15 taun logik la Uqasha jadi anak
Quote Kpoplovers 21-11-2019 11:45 AM
supermum replied at 21-11-2019 10:33 AM
Zizie Izette jadi mak tiri Fazura tu logik ke? Uqasha jadi anak Zizie. Memang patut Finas buat begin ...

Haha....betul tu...mmg. xlogikkk...

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045506 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top