CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Perasan Anak Ikut Dari Belakang" -Suami Lufya Tak Dengar Anak Jerit 'Daddy'

21-11-2019 10:35 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11856| Komen: 51|Original author: Oleh: natrahn

Sikap suami Lufya, Dr Che Muhammad Hafiz ketika selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada Isnin lalu yang dilihat tidak mengendahkan tangisan dan panggilan anak mereka, Laana Haura, 2, mengundang kecaman netizen. 



Kredit foto: mStar

Sehubungan itu, Dr Che Muhammad Hafiz tampil menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul berhubung situasi berkenaan. 

Memetik laporan mStar, Dr Che Muhammad Hafiz memaklumkan bahawa sebelum keluar mahkamah, beliau telah berjumpa dan meluangkan masa dengan anak disaksikan Lufya dan ahli keluarganya. 


Kredit foto: mStar/Instagram Dr Che Hafiz


"Anak amat rapat dengan saya. Hanya setelah anak pergi kepada Lufya, baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak ikut saya dari belakang. 

"Jika benar saya mendengar suara anak, takkan sebagai bapa sanggup buat tidak endah," ujarnya.

Lufya bagaimanapun enggan mengulas mengenainya perkara itu. Menurut Lufya, tujuan sebenar membawa anak perempuannya ke mahkamah adalah untuk dipertemukan dengan ayahnya.




Lufya mengakui pada mulanya agak keberatan untuk membawa Haura bersama ke mahkamah. Namun, beliau tidak ingin memisahkan anak dengan bapanya dan berharap suaminya boleh berbincang secara baik dengannya demi kepentingan Haura.

"Dalam video itu, saya dengar suara adik saya memanggil 'Daddy' supaya suami saya pandang dan meluangkan masa bersama Haura. 

"Suami hanya sempat berjumpa dalam lima minit sahaja sebelum keluar daripada mahkamah. 

"Oleh sebab itu, Haura inginkan masa yang lama bersama ayahnya. Niat kami sekeluarga memang nak Haura berjumpa dengan ayahnya di samping untuk meredakan kemarahan," tuturnya.

Dalam pada itu, Dr Che Muhammad Hafiz meminta isterinya itu untuk berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan di media.

"Saya ingin menasihat Lufya supaya berhenti membuat kenyataan media memburuk-burukkan dan memfitnah saya, sebaliknya buktikan di mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan. 

"Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan dia serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku apabila saya ingin berjumpa dengan anak di rumah dia," katanya lagi.

Tegas Dr Che Muhammad Hafiz lagi, isterinya itu perlu lebih profesional dengan menyimpan segala masalah yang dihadapi antara mereka tanpa melibatkan pihak luar selain memudahkan pertemuannya dengan anak.

Kemelut rumah tangga Lufya Omar terus berpanjangan apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan menceraikan isterinya itu. 

Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes penceraian berkenaan.

Selain pasangan suami isteri, anak antara individu yang turut sama terkesan akibat daripada perceraian. Apalah anak sekecil Laura faham dengan erti perceraian kan? 

Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
5

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Pakis

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-11-2019 10:45 AM
ok.. sebenarnya suami lufya ni nak kejar kurex masa tu..
Quote sarah82 21-11-2019 10:57 AM
Blah la Dr peppa...
Quote LuvAurora 21-11-2019 10:57 AM
Aku kesian dekat haura ja
Quote newyork 21-11-2019 10:59 AM
Sedih btul la kes cerai2 ni.. perasaan anak takde sapa peduli... haihh
Quote kokocrunch 21-11-2019 11:10 AM
kesiannya kat anak..
Quote Orix 21-11-2019 11:14 AM
newyork replied at 21-11-2019 10:59 AM
Sedih btul la kes cerai2 ni.. perasaan anak takde sapa peduli... haihh

at least anak tu boleh tahu or at least dh besar nnt faham dia mangsa keadaan dari penceraian mak ayah dia.... berbanding anak yg makpak elok jah tak bercerai tapi tak peduli anak2, lg perit chuols
Quote ReginaGeorge 21-11-2019 11:15 AM
Gambar candid abam "Ken" nampak kepam yahamat..
Quote natrahn 21-11-2019 11:25 AM
Kurex replied at 21-11-2019 10:45 AM
ok.. sebenarnya suami lufya ni nak kejar kurex masa tu..

@Kurex agaknya la hahaha...sempat ko ye
Quote gerbera.memopad 21-11-2019 11:31 AM
Ye la tu tak perasan...  
Quote Lelli 21-11-2019 11:53 AM
Pulok doh..yor la tu
Sian kt Haura
Quote toteng 21-11-2019 11:54 AM
Acah tak perasan.kalau kau tak perasan bodyguard ko tu tak ptt tak perasan,n cuba bg tahu kau.ke mmg kau layan anak bini kau mcm tu
Quote toteng 21-11-2019 11:56 AM
Kau jgn fikir sbb keja kau mulia jadi kau dipandang mulia.eh acim nurse yang meninggal di kondo tu pun ada skandal dgn negro ok.so pkejaan mulia tak smestinya kau tu mulia
Quote julielapadite 21-11-2019 12:03 PM
Kenapa aku rasa Dr Che ni mcm jahat eh. Dah tuje aku nak cakap, takde masa nak buat ulasan justifikasi. Later on chuolssss
Quote julielapadite 21-11-2019 12:04 PM
toteng replied at 21-11-2019 11:54 AM
Acah tak perasan.kalau kau tak perasan bodyguard ko tu tak ptt tak perasan,n cuba bg tahu kau.ke mmg ...

Kan cara dia continously mekik kat ig & medsos pun boleh tahu pangai makcik2 sgt Dr Che ni
Quote puanbintang 21-11-2019 12:21 PM
muka hensem tapi sayang perangai tak semengah la pulak...
Quote natrahn 21-11-2019 12:27 PM
Update [ig]https://www.instagram.com/p/B5HJfWBhjtV/[/ig]
Quote i_is_kennot 21-11-2019 12:36 PM
Nasib tak baik,     kebetulan wartawan terakam anak tu teriak,   lagi perangai chuols yg tak semenggah sebelum ni double triple hencapan lah dapat.. Heols pun mcm nk berjujuran dah air mata.. Anak rindu apaknya
Quote minguk 21-11-2019 01:50 PM
haaa kan i dah cakap dia tak perasan...
Quote cendol 21-11-2019 02:03 PM
Bangkai la ckp x perasan.. dah kena kecam up statement gitu.. dia doktor hospital mana eh..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.054422 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top