CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bayi Maut Digilis Kereta Ibu

10-10-2013 02:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23751| Komen: 236

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar di sini awal hari ini.

Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.

"Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu bapa mangsa Mohd Fitri Ngah, 40, berkata mengalih kenderaan bagi memudahkannya keluar bekerja memang menjadi rutin harian isterinya.


Namun ketika isteri sedang mengundurkan kereta, anaknya itu, bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya.

"Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital.

"Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini. 

Mohd Fitri Ngah mencium jenazah anaknya, Mohammad Faqih (gambar kecil) yang mati selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya, ketika menuntut mayat anaknya di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini.



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 9-10-2013 02:20 PM
sedihhhh
Quote namirulmukminin 9-10-2013 02:20 PM
Ish... macam mana pulak anak 10 bulan bleh marangkak kat blakang kete... Lepas anak kecik camtu main kat luar ke??

Pepe pon.. takziah..
Quote sapp73 9-10-2013 02:23 PM
kes macam ni berulang lagi: tahun ni aje dah berapa kejadian yang serupa.... inalillah
Quote batmana 9-10-2013 02:23 PM
kereta family patut ada 'parent mode' , sensor activate bila ada manusia kt sekeliling, otomatik mati enjin..

tapi dicipta tahun 2050 la baru ada..
Quote nurfariezza 9-10-2013 02:24 PM
ouchhh...pntu umah xtutup ke...
Quote honey08 9-10-2013 02:24 PM
masyaallah....kesiannya...mcm mana baby tu boleh keluar rumah mcm tu sj...xda org tngok2kan kah???

apa2 pun...takziah diucapkan pd keluarga mangsa....
Quote undark 9-10-2013 02:25 PM
alfatihah..
Quote cmf_blingblings 9-10-2013 02:26 PM
Mengapalah benda2 cuai begini boleh terjadi? Kenapa tak letak pintu grill atau tak pastikan anak kat tempat yg selamat sebelum keluar??? mengapa , mengapa, mengapa??? Nanti ada pulak yg jawab dah takdir begitu.
Quote vv2005 9-10-2013 02:27 PM
tak tahu nak kata apa lagi
Quote sepiITUindah 9-10-2013 02:27 PM
mende nak jadi
Quote poyohabis 9-10-2013 02:27 PM
ini la yg mls aku nak baca nie..kerap nau kejadian mcm nie..dah tau ada anak kecik nape la tak solexkan grill umah dulu..main kuar jer...ingt anak2 kecik2 nie tak laju ke...kita selangkah..dia org dah 3 langkah depan dari kita...kita ibu2 nie kene fikir 5x lebih kedepan dr anak2..kalo tak mcm nie la jadinye...
Quote shahx 9-10-2013 02:27 PM
mcm mana baby 10 bulan leh terlepas tu...
Quote itik_kuning 9-10-2013 02:29 PM
takziah
Quote mawarika 9-10-2013 02:30 PM
Cuai cuai cuai
Quote anilza10 9-10-2013 02:33 PM
cuai.. cuai.. cuai.. geramnye ngan org yg amik ringan ttg keselamatan ank sndri.. nape ko tak kunci dlu ank dlm umh? nape ko xbg org pegang dlu ank ko sblm undur kete? biar bdk tu nangis sblm kite menangis cam ni.. nape... nape.. nape... GERAMMNYER...
Quote gaara_X 9-10-2013 02:33 PM
nie sikap parent itu sendiri.....menyesal kemudian tidak berguna....
Quote leylapple 9-10-2013 02:35 PM
sebab tu lah mesti ada akta kanak2 (child negligence) ditubuhkan supaya kejadian ini tidak berulang2..

bila ada denda/hukuman dikenakan baru lah org beringat2...

sebab kadang2 nampak mcm tidak sengaja, tapi mana tau ada kemungkinan lain??

p/s tetiba teringat lagu "return to sender"..

p/s pas nie mesti ada yang quote komen aku kata itu ketetapan Ilahi, ibunya dah menerima hukuman dari Allah
Quote kaksom 9-10-2013 02:35 PM
ya allah.. tgh merangkak? kesian nyaaaa...
Quote niceghost2005 9-10-2013 02:41 PM
namirulmukminin posted on 9-10-2013 02:20 PM
Ish... macam mana pulak anak 10 bulan bleh marangkak kat blakang kete... Lepas anak kecik camtu main ...

X per...............

Malam nanti bley buat baby lagi per.
Easy comes easy goes....

Dah beratus kes mcm nie..............tak nak ambik ikhtibar ker?
Kelalaian sendiri.............mendatangkan musibah

Mcm gak kes kanak dok ataih riba mak or drebar.
Yg tak pakai seat belt.
Yg tak pakai helmet.
Yg buka sun roof............biar anak2 jengok kefaler.

Udah beribu kes kemalangan berlaku.
Tapi masih ada ibu bapa yg tak ambik kisah.

Haper haper pung.............TAKZIAH dari haku.
Yg pergi............sudah pergi.
Kehidupan harus di teruskan.

Lihat semua komen(236)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.115624 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top