CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Jadikan Tomato Perhiasan Perkahwinan, 'Lagi Mahal Dari Emas'

20-11-2019 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5472| Komen: 29

Jika di Malaysia, tomato bukanlah satu bahan mentah yang mahal kerana boleh didapati dengan harga kurang RM4 sekilogram. 

Namun, berbeza pula di Pakistan kerana dikatakan ia boleh mencecah sehingga RM8 sekilo, dua kali ganda harganya!


Ini menyebabkan sesetengah pihak berkira-kira untuk membeli buahan ini dan menjadi makanan bertaraf premium.

Kredit foto: Twitter

Terbaru, tular sebuah video menunjukkan pengantin di negara itu menjadikan tomato sebagai 'barang kemas' di badannya. 

Memetik laporan Times of India, pengantin perempuan Pakistan itu memilih tomato sebagai perhiasan berbanding emas dan barang kemas tradisional yang lain. 


Video menunjukkan perkahwinan wanita ini menjadi tular di laman sosial dan dia dengan bangganya memberitahu keluarganya menghadiahkan 3 kotak tomato. 


"Seperti yang anda tahu, harga emas amat tinggi begitu juga dengan harga tomato dan kacang pain.Oleh itu saya memutuskan untuk menggunakan tomato dan bukannya emas," katanya.

Difahamkan, kenaikan mendadak harga tomato disebabkan tindakan Pakistan melarang import buah itu dari Iran, Afghanistan dan India. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bunggah 20-11-2019 01:03 PM
ada pulak sebijik tomato atas kepala gituuu
Quote fushimi 20-11-2019 01:14 PM
kesiannya dapat tomato je
Quote dubuk 20-11-2019 01:31 PM
kenapa macam flowerhorn
Quote Azharitubunga 20-11-2019 01:34 PM
Kacang pain tu sedap tapi mahalll
Quote joyahglam 20-11-2019 01:39 PM
tomato pun boleh jadi 'barang kemas' hehe

Quote kucingitam 20-11-2019 01:48 PM
tak berat ke?
Quote paz 20-11-2019 01:49 PM
Lain macam pemikiran dia. Tapi tomato tu nampak sedap,
Quote Supersirap 20-11-2019 02:08 PM
kreatif pemikiran mereka ini
Quote any42 20-11-2019 02:15 PM
smbil tnggu mjlis slesai boleh la kunyah kalung tomato. tp yg sbijik ats kpala tu xcantik.
Quote buapakperut 20-11-2019 02:32 PM
banyak lgi bende mahal, telur ikan, udang galah, udang xxl, kambing... tak letak kat kepala pulak
Quote Dalcott 20-11-2019 02:33 PM
seminggu jer lps tu busuk la tomato tu
Quote BoLapciOus 20-11-2019 02:47 PM
Kemain statik kepala xnk kasik tomato jatuh..tomato pon tomatola janji kawin..yg pnting honeymoon kat bulan..
Quote bakingsoda 20-11-2019 03:14 PM
buruknyaa
Quote mieymiey 20-11-2019 03:54 PM
Hahahaha comel jer tetiba sebijik melekat kat kepala
Quote gummiebear 20-11-2019 04:11 PM
X berat ke telinga tu pakai tomato sebijik gitu
Quote Ratutulip 20-11-2019 05:02 PM
blh plak dia letak sebijik dkt kepala mcmtu... ikat mcmana tu?
Quote arm_band 20-11-2019 07:25 PM
mintak mahap akak ketawa dek
Quote matchstick 20-11-2019 07:52 PM
Huduh seppang.. Mcm org x siuman je gantung tomato kt kepala gitu
Quote Queenmastani 21-11-2019 02:24 AM
Lmk boleh la amik idea ni untuk bersanding nnt mesti cantik gn muka eksotik dia

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059024 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top