CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dah Kantoi!" - Mengaku Orang Malaysia Tapi Tak Boleh Nyanyi Negaraku, Rupanya..

20-11-2019 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3745| Komen: 14

Dakwa dirinya rakyat Malaysia, namun wanita warganegara Thailand ini kantoi apabila gagal menyanyikan lagu Negaraku. 

Kejadian berlaku ketika dia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam operasi di Plaza Tol Juru, Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara malam tadi.


Memetik laporan Astro Awani, wanita itu juga gagal menyebut nombor kad pengenalannya dan mendakwa ia disimpan oleh ibunya. 

Wanita berusia 21 tahun itu tetap berkeras menyatakan dia warganegara Malaysia dan mendakwa bersekolah di Alma, Bukit Mertajam.

Foto: Awani
Namun, akhirnya selepas gagal memberikan sebarang bukti, wanita itu mengakui tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya mempunyai sijil kelahiran Thailand. 


Menurut Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Mohamad Husni Mahmud, wanita itu pada mulanya ditahan pihak JPJ bersama teman lelakinya kerana nombor pendaftaran Honda yang mereka naiki tidak patuh spesifikasi. 

Ketika diminta kad pengenalan itulah identitinya bocor. - CARI 
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdan 20-11-2019 12:36 PM

lagu bukan penentu warganegara
Quote Kurex 20-11-2019 12:38 PM
Asdan: lagu bukan penentu warganegara


mungkin dia kena sumpahan ikan @Asdan
Quote weezerfan 20-11-2019 12:48 PM
Dalam ramai yg kutuk malaysia sibuk nak blah dr mesia bangsa kencing atas jalan tu gigih pulak jd rakyat mesia.
Quote minguk 20-11-2019 12:49 PM
lepas ni ramai lah warga asing melayari youtube untuk hafal lagu negaraku tanah tumpahnya darahku rakyat hidup bersatu dan maju rahmat bahgia tuhan kurniakan raja kita selamat bertakhta. haaa dah kenapa gi nyanyi sekali?
Quote palmolive 20-11-2019 12:50 PM
Kurex replied at 20-11-2019 12:38 PM
mungkin dia kena sumpahan ikan @Asdan

seronok warga asing kalo dapat pegawai JPJ macam abe dan
Quote rayriff 20-11-2019 12:51 PM
Kurex: mungkin dia kena sumpahan ikan  @Asdan


hahahaha
Quote prettyuglybabe 20-11-2019 12:55 PM
minguk replied at 20-11-2019 12:49 PM
lepas ni ramai lah warga asing melayari youtube untuk hafal lagu negaraku tanah tumpahnya darahku ra ...

tanya rukun negara pulak..
mesti ramai fail even rakyat malaysia pun
Quote minguk 20-11-2019 12:57 PM
prettyuglybabe replied at 20-11-2019 12:55 PM
tanya rukun negara pulak..
mesti ramai fail even rakyat malaysia pun

owh yang kepercayaan kepada tuhan tu? i hafal sampai sekarang hahahah.. berkat kena baca setiap minggu zaman sekolah dulu..

Quote prettyuglybabe 20-11-2019 12:58 PM
minguk replied at 20-11-2019 12:57 PM
owh yang kepercayaan kepada tuhan tu? i hafal sampai sekarang hahahah.. berkat kena baca setiap mi ...

ye.. 5 rukun negara tu la..
Quote Asdan 20-11-2019 02:03 PM

boleh jawab apa saja bukan penentu warganegara
Quote Hizert 20-11-2019 02:57 PM
Senang je kan... same la kalau kat kedai mamak tu. Mengaku Islam. soh baca Al Fatihah tengokk.
Quote MissLana 20-11-2019 04:31 PM
Asdan replied at 20-11-2019 02:03 PM
boleh jawab apa saja bukan penentu warganegara

wah bagus jd asdan je terkena sumpahan ikan takpayah ada warganegara.
Quote nourie 20-11-2019 04:49 PM
Kantoi... suka naw foreigner dtg pastu ngaku jd rakyat mesia
Quote misuke 20-11-2019 10:43 PM
Asdan replied at 20-11-2019 12:36 PM
lagu bukan penentu warganegara

setuju. cer suh puak dapig totok nyanyi. harus xmuat lori imegresen nk angkut

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053415 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top