CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laki Bini Kaki Pecah Kereta, 'Apo!'

19-11-2019 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3994| Komen: 24

Sudahlah membuat jenayah pecah kenderaan, dilakukan pula bersama-sama suami isteri. Memang sehati sejiwa buat jenayah!

Harian Metro melaporkan, pasangan suami isteri ini dikesan melakukan pecah kenderaan sebagai pendapatan utama mereka bagi membeli dadah dan berbelanja mewah. 


Namun, aktiviti tersebut 'kantoi' apabila ada saksi yang berjaya mengecam mereka dan melaporkan kepada polis.

Kredit foto: mstar

Difahamkan, pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki yang mendakwa kereta Proton Saganya dipecahkan pada bahagian cermin kiri di rumahnya di Taman Beringin, Senai pada Ahad lalu. 

Namun, suspek tidak sempat membawa lari barangan dalam keretanya kerana kejadian itu disedari jirannya. 


“Bertindak atas laporan itu, kami menjalankan siasatan dan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menyerbu sebuah hotel di Jalan Mewah 1, Senai sebelum menahan pasangan terbabit yang berusia 34 tahun pada 11.30 pagi semalam,” kata Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow.

Menerusi siasatan, didapati suspek lelaki sering memecahkan cermin kenderaan, manakala isterinya sering berada bersamanya ketika melakukan perbuatan itu. 

“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek lelaki pernah menjalani hukuman mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh menggunakan senjata.

“Selain itu, ujian saringan air kencing mendapati mereka berdua positif dadah jenis methamphetamine," katanya lagi. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 19-11-2019 06:39 PM
Woww... Kira sehidup semati sungguh.  
Quote buapakperut 19-11-2019 06:40 PM
apoo .. partner in crime gittew. sian orang yang kete kene pecah
Quote misc 19-11-2019 06:44 PM
Bagai aur dengan tebing gitu.
Quote imransulaiman 19-11-2019 06:57 PM
Diharapkan mereka tak ada keturunan lah ya.. {:thief
Quote fliphair8 19-11-2019 07:13 PM
Bonnie and clyde versi jdt...huhuhu
Quote Marsyal Yau 19-11-2019 07:27 PM
lain kali kasi p-ecah muka dulu baru panggil polis kutip diaorang. biar padan muka.
Quote Kurex 19-11-2019 08:06 PM
dadih...........
Quote CatMiow 19-11-2019 08:17 PM
Dadih dan keburukannya,  tak berkesudahan.
Quote any42 19-11-2019 09:23 PM
wow. hrap xmmbiak nnti kesian ank2 dbri mkn hasil haram.
Quote Acikgomen 19-11-2019 09:40 PM
sarah82 replied at 19-11-2019 06:39 PM
Woww... Kira sehidup semati sungguh.

Acik baru je siang tadi layan yutiub bideo org pi intebiu banduan2 wanita. Ada kes pecah amanah, kes tlg laki jadi tokan dadah, kes tlg laki pegi merompak
Gile derang neh
Quote sarah82 19-11-2019 09:43 PM
Acikgomen replied at 19-11-2019 09:40 PM
Acik baru je siang tadi layan yutiub bideo org pi intebiu banduan2 wanita. Ada kes pecah amanah, k ...

Kerana cinta.. Buang emak buang saudara aku turunkan.. Cewahjh.. Bila bercinta.. Hilang akal kejap. ..yg naya adalah wanita.. Sbb setia.. Ingatkan si suami/bf akan setia tgg keluar dari penjara tapi sebaliknya.
Quote Acikgomen 19-11-2019 09:55 PM
sarah82 replied at 19-11-2019 09:43 PM
Kerana cinta.. Buang emak buang saudara aku turunkan.. Cewahjh.. Bila bercinta.. Hilang akal kejap ...

Tahik lah cinta. Acik pun menikah berasaskan cinta jugak. Kalo laki acik buat dosa, takdenya haku nak menjerumus diri dgn dosa heshe tuh. Lagi haku mengamuk mcm org gile sampai dia insop ade la
Quote sarah82 19-11-2019 09:57 PM
Acikgomen replied at 19-11-2019 09:55 PM
Tahik lah cinta. Acik pun menikah berasaskan cinta jugak. Kalo laki acik buat dosa, takdenya haku  ...

Hahaha.. Sy bercakap ttg pengalaman masa tgh bercinta.. Hahahaha.. Aiyooo. Bodoh gila masa tu..
Quote Acikgomen 19-11-2019 10:01 PM
sarah82 replied at 19-11-2019 09:57 PM
Hahaha.. Sy bercakap ttg pengalaman masa tgh bercinta.. Hahahaha.. Aiyooo. Bodoh gila masa tu..

Buang karan ja Sarah nak layan cinta neh. Hang kalo nak menikah, acik sajes menikah ja asal jantan tuh keturunan yg ketahwan, ada keja boleh bela hang, perangai senonoh, tak baloq semayang. Lepas menikah, hang becinta lah dgn dia sampai hampa dua mampuih kikiki
Quote sarah82 19-11-2019 10:02 PM
Acikgomen replied at 19-11-2019 10:01 PM
Buang karan ja Sarah nak layan cinta neh. Hang kalo nak menikah, acik sajes menikah ja asal jantan ...

Hahahaha.. Tu la.. Mesti tanah berelung juga kan acik...boleh goyang kaki
Quote Acikgomen 19-11-2019 10:08 PM
sarah82 replied at 19-11-2019 10:02 PM
Hahahaha.. Tu la.. Mesti tanah berelung juga kan acik...boleh goyang kaki

Mo tanah berelung2, motip hang nak kena goyang kaki
Laki hang dok bajak bendang, hang goreng cucoq buat neskepeh dlm pelas la
Lepas tu lenggang2 kangkung pi tepi bendang panggil laki hang makan coq katanye
Awwwwww
Quote sarah82 19-11-2019 10:11 PM
Acikgomen replied at 19-11-2019 10:08 PM
Mo tanah berelung2, motip hang nak kena goyang kaki
Laki hang dok bajak bendang, hang gor ...

Hahaha.. Gitu la.. Lps tu lepak bawah pondok tepi sawah.. Kena angin sepoi2 bahasa... Hahahaha.. Tak ensem muka ok.. Tapi ensem poketnya.. Boleh gitu?
Quote Perawankota 19-11-2019 10:18 PM
Ish ish ish.. Ni kalau ada anak, x tau lah apa jadi kt anak dorg
Quote rosasen 20-11-2019 07:22 AM
mendadih laki bini

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.066037 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top