"Mak bapa tak ajar" Sebuah video yang diambil dari 'dashcam' tular di media sosial memaparkan suasana kesibukan jalan raya. Dalam video berdurasi seminit itu, warganet dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dari arah kanan meluru ke kereta di sebelah kiri.
Ramai yang menyangka ia adalah satu lagi episod 'road bully' tetapi salah. Ini kerana lelaki itu sebenarnya mengambil sesuatu (dipercayai sampah yang dibuang oleh kanak-kanak dalam kereta itu) lalu meletakkan di hadapan cermin kereta tersebut. Tindakan selambanya itu mengundang pujian kerana hanya dengan keberanian menegur sahaja mampu menyedarkan kesilapan pengguna jalan raya yang tidak berdisiplin. Malahan sindiran halus yang dilakukan pemuda itu juga mendapat pujian bernas kerana biarpun nampak meluru tetapi aspek keselamatan dijaga ketika melintas jalan. Maka ramailah yang mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang membiarkan anaknya membuang sampah ke luar kereta. Situasi tersebut biarpun tiada dalam rakaman video namun sudah jelas mereka yang berhenti di lampu trafik tahu situasi tersebut. Jadi, ibu bapa perlu lebih tegas dalam mendidik anak-anak atau memang ibu bapa sendiri yang bertindak sebegitu? Tahniah kepada pemuda ini yang berani menegur. Kita lebih memerlukan aksi spontan begini berbanding sikap tidak ambil tahu masyarakat. Tahniah Malaysia. - CARI |
ADVERTISEMENT