Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk mengeluarkan Kenyataan Rasmi kedudukan terkini isu video semburit yang didakwa membabitkan menteri Kabinet.
Loading FB Post... "Saya berharap Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Peguam Negara Tommy Thomas dapat mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk maklumkan kepada Rakyat akan kedudukan terkini siasatan mahupun perkembangan tindakan lanjut berhubung isu video semburit.
"Secara profesional saya nyatakan bahawa selepas tempoh masa lebih lima bulan sejak tercetusnya isu berkenaan, ianya amat penting agar pihak sama ada pihak siasatan polis mahupun pihak penasihat siasatan Pejabat Peguam Negara bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kedudukan siasatan Video "seks sejenis (semburit)" itu. Loading FB Post... Tegasnya, kenyataan rasmi itu perlu dibuat agar prinsip kedaulatan undang-undang diperlihatkan dengan jelas sedang dipatuhi untuk menolak mana-mana persepsi negatif berhubung siasatan kes. - CARI
|
ADVERTISEMENT