Naqiu Boboy yang semakin hari semakin mendunia setelah menyertai program realiti TV, Gegar Vaganza 2019 mengakui berasa sedikit terkesan dengan komen netizen mengenai sikapnya yang lebih mendahulukan ahli kelab peminatnya, Naqiurious ketika sesi bergambar baru-baru ini.
Merasakan tindakan beliau itu betul, dia bagaimanapun tidak menyalahkan netizen yang mengecamnya kerana tidak mengendahkan beberapa peminat yang menunggu lama semata-mata untuk bergambar dengannya. Jelasnya, dia terpaksa mendahulukan ahli kelab peminat terlebih dahulu kerana mereka mengeluarkan sejumlah wang untuk menyertai sesi bergambar yang dianjurkan pada malam konsert minggu ketiga baru-baru ini.
"Ianya berlaku pada 2 minggu lepas, memang ada sesi bertemu peminat di tempat meletak kereta dan memang event itu kami yang anjurkan. Ahli kelab peminat itu semua berdaftar dan mempunyai 'membership card' dengan pihak pengurusan," "Yang menjadi isu apabila selepas selesai sidang media, saya mendahulukan ahli fan club terlebih dahulu. Dah hujung-hujung saya pun penat, kemudian ada fans lain minta untuk bergambar," "Jujur saya tak reject mereka semua, ketika saya berjalan menuju ke tempat meletak kereta untuk berjumpa dengan Naqiurious, saya masih sempat melayan mereka (yang tidak berdaftar). Tetapi, ada juga yang tak sempat. Masa itu pihak pengurusan pun ditegur dengan pengawal keselamatan kerana parking sudah hendak ditutup," katanya kepada mStar Online. Kredit foto : mStar Online Naqiu juga berkata dia tidak menyangka individu tersebut bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya. Malah, dia juga mengenali rapat individu tersebut di Instagram. Mengakui sudah mengenali lama individu tersebut, Beliau tidak mahu memperbesarkan hal tersebut dan menyerahkan kepada pihak pengurusan. Kredit foto : mStar online
|
ADVERTISEMENT