Grab mengumumkan servis terbaharu yang dipanggil sebagai GrabMart yang memulakan fasa pilot testing di Lembah Klang bermula hari ini (18 Nov). Ia merupakan salah satu lagi cabang buat pengguna Grab namun dari segi penghantaran barang runcit dan pelbagai keperluan harian.
Sudah tentu ia menjadi berita baik kepada semua pengguna kerana servis ini menyediakan pembelian barangan di kedai terpilih termasuklah farmasi, pasar raya dan juga kedai bunga. Antara yang masuk dalam senarai GrabMart termasuklah Guardian, MyNews, Caring Pharmacy dan MPH Bookstore. Difahamkan, buat masa ini servis GrabMart boleh digunakan di lokasi seperti Damansara Uptown, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Mont Kiara dan Hartamas.
Ia turut mengecas servis penghantaran yang berharga antara RM5 hingga RM9, bergantung kepada jarak destinasi. Dari segi masa pula, penghantaran bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam. - CARI
|
R2D2 replied at 18-11-2019 10:26 PM
BungkusIT berbeza dgn lain sebab kita boleh minta runner tu pergi ke mana2 kedai or lokasi kita nak
...
R2D2 replied at 18-11-2019 10:26 PM
BungkusIT berbeza dgn lain sebab kita boleh minta runner tu pergi ke mana2 kedai or lokasi kita nak
...
Suchi replied at 19-11-2019 07:03 AM
Satu lagi lalamove pun boleh gak suh rider g sana sini belikan barang
Tp iols tak reti nk setting a ...
anony-mous replied at 19-11-2019 07:21 AM
Alamat tu sama mcm bungkusit la kot. Alamat pickup - alamat kedai. Alamat dropoff alamat u
Suchi replied at 19-11-2019 07:02 AM
Berapa caj bungkusit? Iols biasa order barang dapur ngn tesco online je
Kalau belah pg caj mahal ...
ADVERTISEMENT