CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kebakaran Hutan, Kemarau Adalah Balasan Tuhan Akibat Perkahwinan Sejenis'

18-11-2019 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4247| Komen: 14

Bekas pemain ragbi profesional, Israel Folau mencetuskan kontroversi selepas mendakwa perkahwinan sejenis dan pengguguran anak adalah penyebab kebakaran hutan dan kemarau di Australia.


Kredit foto: The Sun

Memetik The Sun, Folau mendakwa bencana di negara itu adalah ‘balasan Tuhan’ dalam satu khutbah gereja di Sydney.

Difahamkan, Folau dipecat pada Mei lalu selepas memuat naik beberapa posting kontroversi berkaitan agama di media sosial.

"Neraka menanti golongan kaki botol, homoseksual, penzina, penipu, pencuri, ateis, penyembah berhala.

"Dah lama saya perhatikan bencana yang berlaku di Australia sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

"Lihatlah kebakaran hutan dan kemarau dahsyat yang berlaku. Semua perkara itu berlaku dalam masa singkat. Anda fikir ia satu kebetulan?

“Tuhan sedang memberi amaran. Australia, kalian harus bertaubat dan perlu menggubal undang-undang berkenaan dan mengembalikannya kepada apa yang betul menurut Tuhan," katanya.



Pada Jun lalu, Folau dikatakan mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap golongan homoseksual dan trangender kanak-kanak. 

Sementara itu, Perdana Menteri Scott Morrison mengutuk tindakan Folau yang dilabelnya sebagai 'tidak peka'. - CARI
6

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdan 18-11-2019 03:59 PM

dunia ada peraturan sendiri yg dipanggil natural,

jika maksiat boleh panggil bala, baik upah orang bogel di israel, israel dapat bala, betul tak ?
Quote Kurex 18-11-2019 04:22 PM
Asdan: dunia ada peraturan sendiri yg dipanggil natural, jika maksiat boleh panggil bala, baik upah orang bogel di israel, israel dapat bala, betul tak ?


sumpahan ikan @Asdan
Quote AbukRokok 18-11-2019 05:39 PM
perghhhh israel yg cakap
ingatkan lobai terrorist sunni shia mana  punya sembang tadi
Quote VioletsAre_Blue 18-11-2019 05:40 PM
Mesti golongan lgbt sampah sentap mcm kes manny pacquiao dulu
Quote ninja9 18-11-2019 07:37 PM
AbukRokok replied at 18-11-2019 05:39 PM
perghhhh israel yg cakap
ingatkan lobai terrorist sunni shia mana  punya sembang tadi

aku pun terkeliru jg mula2. sebjik mcm yg ustaz2 ckp selalu...
Quote ninja9 18-11-2019 07:39 PM

Kechik, apa cerita sumpahan ikan asdan ni.. sori, baru keluar gua
Quote Dwdrum 18-11-2019 07:42 PM
lobai christian kerjaya pemain rugby jah yang cakap ...bukan scientist pun buat apa mahu sentap .....
Quote DAPee 18-11-2019 07:58 PM
@Orix @dodolgemok
Quote Pamelaloba 18-11-2019 09:27 PM
Tapi betul la apa dia cakap tu
Quote becir 18-11-2019 09:33 PM
Kalau betul patutnya satu dunia dah rentung terbakar..
Quote dani-rox 18-11-2019 09:36 PM
Wearing mixed fabrics, tattoos and trimming your beard are also deemed as abominations. Mr Falou kau pun join geng LGBTQ masuk nuraka jahanam ya. Memandai jah cherry picking dosa dlm bible ikut taste sendiri
Quote CatMiow 19-11-2019 07:42 AM
Kalau hutan terbakar semasa musim panas dan berangin,  tu bukan balasan Tuhan,  tu namanya fenomena alam, salah manusia sendiri samada sengaja atau tak (seperti buang putung rokok)
melakukan pembakaran atau ada objek yg menyebabkan kebakaran seperti serpihan kaca yang terkena cahaya matahari.

Balasan tuhan ni,  kalau musim sejuk sangat2 , tiba2 berlaku kebakaran hutan yang tidak dapat dikawal tanpa tahu apa puncanya, bukan juga sebab manusia. Bukan juga sebab2 lain seperti kabel elektrik putus (ni namanya kemalangan).

Kebanyak yang berlaku pada alam sekarang ni puncanya dari manusia juga...  Banyak buat pengubahan sana sini,  demi nama sebuah pembangunan dan keselesaan.

Bukit2 di tarah buat jalan,  lama2 penahan angin semula jadi dah tak da,  jadi la kejadian ribut yg tak pernah berlaku selama ni. Banjir lumpur dll.

Mcam sajat buat plastic surgery , ubah sana,
ubah sini,  lama2 muka dah tak tahan habis bengkak semacam, senget benget,  terpaksa pakai purdah pula nanti.
Quote DollahRepek 19-11-2019 08:49 AM
Aku ingatkan sbb undi PH
Quote leylapple 19-11-2019 09:36 AM
aku ingatkan moslem jer yang ada fikiran mcm nie...rupa2nya semua manusia sama

btw, nasib baik israel x komen masa banjir besar di kelantan...

kang kena kecam abis x timbul2

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061834 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top