CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Body Shaming Is Not Ok!"- Ernie Zakri Kesal Diejek Gemuk

21-11-2019 10:44 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 19362| Komen: 101|Original author: Oleh: Vanilla Thunder



Penyanyi Ernie Zakri  meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang meninggalkan kata-kata berunsur hinaan terhadap fizikalnya di ruangan komen Instagram.

Baru-baru ini, rakaman video pada malam Konsert Tribute komposer terkenal, arwah Suhaimi Mohd Zain atau dikenali sebagai Pak Ngah menjadi bahan ejekan segelintir netizen yang mengatakan bentuk tubuh Ernie kelihatan berisi.




Lantaran itu, Ernie memuat naik sebuah entri di Instagram Stories bagi meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap individu yang tidak beradab.


Kredit foto: IG

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Ku Bersuara itu, perlakuan menjadikan bentuk badan seseorang sebagai bahan gurauan adalah tidak sesuai sama sekali memandangkan ia boleh menjatuhkan maruah dan keyakinan seseorang.

"Ya, saya tidak okey dengan ini, jadi tolong jangan jadikan ia sebagai gurauan kerana sesetengah orang bergelut dengan masalah badan. Terima kasih," tulisnya.

Di samping itu, dia turut bertindak memberi teguran dan peringatan di ruangan komen miliknya.

"Kalian, saya tidak fikir ia sesuai untuk komen gemuk gemuk gemuk di IG orang. Kalau tiada bahasa yang baik, jangan pilih untuk komen," tulisnya lagi.

Pendirian Ernie mengenai isu body shaming disokong rakan duetnya, Syamel yang menyifatkan hinaan itu menyakitkan hati dan keterlaluan.


Kredit foto: IG

Isu body shaming dalam kalangan selebriti bukanlah isu baru, malah turut dialami oleh Datin Almy Nadia yang pernah didakwa terlalu gemuk ketika hamil, apatah lagi para pelawak yang juga sering menjadikan bentuk badan seseorang sebagai bahan lawak. - CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boojaat 21-11-2019 10:50 AM
Baju tu x lawa...
Quote wordlife 21-11-2019 10:51 AM
ya allah gemuk ke sheols? netizens pon
Quote Bunggah 21-11-2019 10:51 AM
Sepatutnya dia buat bodoh je. Jgn layan komen2 gemuk tu. Lagi dia komen, lagilah kena ejek.
Quote anony-mous 21-11-2019 10:52 AM
Edited by anony-mous at 21-11-2019 10:53 AM

Once again i nk tekankan. GEMUK BKN BODYSHAMING. Gemuk tu sbb kau pelahap kuat mkn. Body shaming tu benda yg ko lahir2 cacat ke, hitam ke lepas tu org ejek. Gemuk ni slh diri sdri (well unless ada certain penyakit tp jarang sgt) sbb main reason gemuk sb byk mkn

Rengsa ok kene duduk sebelah org gemuk dlm train. Mkn half seat aku, dlm lift sepatutnya boleh muat 2 org tp sb ada yg gemuk jd xmuat.

Akhir kata i jemput @peterpan17 mencemar duli

P/S : ernie x gemuk ok! Tu bkn gemuk
Quote Orix 21-11-2019 10:56 AM
dia pggil ziana zain kak??? bukan dia anak buah zz ke??
Quote LuvAurora 21-11-2019 11:00 AM
Tang mana yang ernie gemuk pun xnampak.. Comey adalah
Quote Kurex 21-11-2019 11:05 AM
ernie, sejak bila bibir kau tebal?
Quote mixed 21-11-2019 11:06 AM
Orix replied at 21-11-2019 10:56 AM
dia pggil ziana zain kak??? bukan dia anak buah zz ke??

tu kan komen fan ernie SS ltk kt igs dia npk mcm ernie panggil kak ziana
ernie kalu tulis kt ig mmg panggil ZZ mak long & pak ngah utk abam nuar jen


Quote Orix 21-11-2019 11:11 AM
mixed replied at 21-11-2019 11:06 AM
tu kan komen fan ernie SS ltk kt igs dia npk mcm ernie panggil kak ziana
ernie kalu tulis k ...

ohhh bru perasan gambar ernie tertutup gmbar netizen tu ....... tq chuolsss atas pencerahan
Quote inspiro92 21-11-2019 11:19 AM

Cutting & color baju tu buatkan ernie nampak plump. plus, lighting yg kelam  dlm video tu lg memburukkan keadaan.
Quote lasagna 21-11-2019 11:23 AM
celah mana dia ni gemok? kurus n kecik jer tgk in person bdk ni.
org yg komen tu pun.. aiyyooo..
Quote lasagna 21-11-2019 11:24 AM
Kurex replied at 21-11-2019 11:05 AM
ernie, sejak bila bibir kau tebal?

filler kot kurex? husnuzon jahh..
Quote natrahn 21-11-2019 11:24 AM
aik..kecik kurus je ..celah mana boleh nampak gemok nih?
Quote mawarputih2612 21-11-2019 11:24 AM
gemok apanya tu
ok je
Quote Kurex 21-11-2019 11:26 AM
lasagna replied at 21-11-2019 11:24 AM
filler kot kurex? husnuzon jahh..

entah.. masa kecik, nipis je bibir dia.. mungkin mekap..
Quote arffa 21-11-2019 11:30 AM
Orang kurus memang la stress bila orang kata gemuk, tapi orang yang gemuk rileks - rileks jer. Kesian dengan orang ada masalah self esteem ni.
Quote nourie 21-11-2019 11:31 AM
X gemok pun

Ok je
Quote YomiuriLandMae 21-11-2019 11:34 AM
xde la gemok sgt.. nurtizen pun..
Quote TerataiMelur02 21-11-2019 11:40 AM
Ni mesti yg komen tu rabun.. Xpun kero. Gemuk tu lain.
Btw erni aura kekwatnya agak kuat

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043063 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top