CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Ayah Dah Tiada, Abang Tiri 19 Tahun Tetap Jaga Adik Macam Keluarga Kandung..

18-11-2019 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6043| Komen: 32

Walaupun cuma seorang abang tiri yang baru berusia 19 tahun, itu tidak menjadikan ia alasan untuk terus mengambil berat dan tanggungjawab terhadap dua adik perempuannya.

Selepas kematian ibu bapa mereka, Mohamad Syahadam Abdul Talib tetap meneruskan amanah menjadi ketua keluarga meskipun serba kekurangan. 

Dia kini menjaga kedua-dua adik tirinyanya, Siti Noraini Ahmad, 14 dan Siti Norazniza, 9 dan menganggap mereka sebagai adik kandung sendiri. 

Kredit foto: Harian Metro

“Sebelum ini setiap hari, saya yang menghantar dan mengambil adik di sekolah, tetapi kini Siti Noraini sudah tinggal di asrama.

“Saya terharu apabila kedaifan hidup kami tiga beradik mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk sudah ada yang memberi sumbangan,” katanya kepada Harian Metro. 


Sebelum ini, mereka hidup daif di Kampung Mentara Lama di Gua Musang selepas kematian bapa, Ahmad Yaacob, 48 enam bulan lalu akibat sakit jantung. 

Tidak lama kemudian, ibu mereka, Rubiah Zakaria, 38 juga meninggal dunia tiga bulan lalu kerana kencing manis.

"Mohamad Syahadam hanya bekerja sebagai buruh ladang sawit dan hanya memperoleh pendapatan RM700 sebulan.

"Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 014-7957784 atau akaun Bank Simpanan Nasional, 1012 1410 0006 1514 atas nama Mohamad Syahadam Abdul Talib Mohd Kasim," lapor akhbar itu lagi. - CARI
4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 18-11-2019 03:59 PM
hakak doakan adik diberikan rezeki melimpah ruah untuk terus berbakti pada adik2...
Quote MissLana 18-11-2019 04:18 PM
alhamdulillah. Mulia hati awak. semoga allah berikan awak dan adik2 berlipat kali ganda rezeki dan kesihatan. aamiin
Quote Perawankota 18-11-2019 04:51 PM
Semoga Allah memudahkan urusan awak adik beradik, dimurahkan rezeki...
Quote Atata 18-11-2019 05:22 PM
Kalau mereka satu emak, mmg wajar la abg tu sayang sama mcm adik beradik satu mak satu bapak. Bonding tu tetap sama mcm adik beradik sama mak sama bapak. Lain la kalau mereka lain mak lain bapak, tu baru lah rare.

Tp apa2 pun mmg tersentuh tgk dorang hidup yatim piatu. Wuwuwuw.. semoga Allah bagi kelebihan utk mereka d bahagian lain plk
Quote milanhawkin 18-11-2019 05:23 PM
Semoga dipermudahkan urusan korang adik beradik. InshaaAllah...
Quote Pink_Purple 18-11-2019 05:57 PM
harap lepas dapat banyak bantuan dan sumbangan ikatan mereka semakin kukuh..
Quote gummiebear 18-11-2019 06:00 PM
Semoga dipermudahkan semua urusan awak sekeluarga dik..
Quote diss69 18-11-2019 06:05 PM
Semoga urusan ank2 dipermudahkan oleh Nya.. Sebak nengok ank2 dh kehilangan mak ayh di usia muda..
Quote sehirkedi 18-11-2019 06:05 PM
Terharunya dengan semangat keprihatinan adik ni untuk menjaga dua adik tirinya. Moga dimurahkan rezekinya dan sentiasa dipermudahkan urusannya. Marilah kita sama-sama membantu meringankan beban mereka.
Quote abadi84 18-11-2019 06:25 PM
Adik mulianya hatimu

Kau 10 kali.lebih baik dr sohaimi.saad si bumi rata
Quote thetimes 18-11-2019 06:32 PM
Bagus dapat abang macam ni. Bertanggungjawab. Semoga dimurahkan rezeki untuk adik2 ni
Quote haznor 18-11-2019 06:37 PM
Kesian anak2 ni. Bukan calang orang diduga dgn ujian begini.
Quote noell 18-11-2019 06:39 PM
abadi84 replied at 18-11-2019 06:25 PM
Adik mulianya hatimu

Kau 10 kali.lebih baik dr sohaimi.saad si bumi rata

sis kalo sebut nama tuh kena tag @dino pasai dino chairman kelab sohai flat earth



tabik hormat kat si abang


Quote dino 18-11-2019 06:45 PM
noell replied at 18-11-2019 06:39 PM
sis kalo sebut nama tuh kena tag @dino pasai dino chairman kelab sohai flat earth



ko sbut ni menyirap tgk mangkuk tu menipu org bukak tabung bagai.. keje malas
Quote noell 18-11-2019 06:50 PM
dino replied at 18-11-2019 06:45 PM
ko sbut ni menyirap tgk mangkuk tu menipu org bukak tabung bagai.. keje malas

kan i dah kata @abadi84 sepanrtas kilat dia masuk menghencap mcm naik sheh keluar saka2 marah semua
Quote dino 18-11-2019 06:51 PM
noell replied at 18-11-2019 06:50 PM
kan i dah kata @abadi84 sepanrtas kilat dia masuk menghencap mcm naik sheh keluar saka2 marah semu ...

mahu tak marah... penunggang agama flat earth haha
Quote addved 18-11-2019 07:01 PM
Sebak, alhamdulillah abang still jaga adik2. Tak semua adik beradik lain mak lain ayah yang akan still bertanggungjawab terhadap satu sama lain. Ramai yang tak nak kenal pon adik beradik lain mak lain ayah.
Quote Sham143 18-11-2019 07:03 PM
Edited by Sham143 at 18-11-2019 07:06 PM

Syukur Alhamdulillah.. Ada abang yg baik dn bertanggungjawab.. Semuga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik...Amiin
Quote munchkin 18-11-2019 10:35 PM
Baiknya adik ni. Hati bersih lagi mulia.

Moga ada yg tawarkan pekerjaan bagi menambahkan lagi pendapatan.

Saya doakan adik dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin amin aminnnnnnn

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058383 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top