CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PH Tumbang Di Tanjung Piai, Syed Saddiq Dikecam Anak Buah Sendiri

18-11-2019 09:31 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 12334| Komen: 54|Original author: Tukang Tulis

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kredit foto: Facebook

Kegagalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dikatakan menjadi salah satu punca parti itu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Kecaman terbuka terhadap Menteri Belia dan Sukan itu disuarakan oleh Ketua Armada Bersatu Terengganu, Syaiful Irfan Anang melalui laman Facebook miliknya pada 16 November.

Katanya, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak patut dipersalahkan atas kekalahan itu kerana Syed Saddiq yang sebenarnya gagal memanfaatkan jentera Pemuda PH untuk memainkan peranan yang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

"Ketua Pemuda PH tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai ketua sayap kepada gabungan empat parti apabila gerak kerja dan mobilisasi bagi jentera Pemuda PH berada pada tahap yang sangat lemah.


"Walhal Pemuda PH seluruh Malaysia menunjukkan semangat yang tinggi untuk berbakti namun kepimpinan memperlihatkan kelemahan di dalam sistem tadbir urus dan berorganisasi," jelasnya.

Syaiful Irfan Anang. Kredit foto: Facebook
Beliau turut menyatakan bahawa pengundi di Tanjung Piai tidak mengundi PH berikutan hubungan yang keruh antara Syed Saddiq dan istana Johor.

"Rakyat Johor telah memilih untuk tidak mengundi PH juga kerana pelbagai isu yang terpalit dengan beliau yang masih tidak dapat diselesaikan dengan baik terutama isu yang melibatkan Istana Johor," katanya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan calon PH, Karmaine Sardini. Kredit foto: Facebook
Syaiful Irfan menjelaskan, semua pihak mengetahui bahawa rakyat Johor sangat sinonim dengan gagasan 'bangsa Johor' dan rapat dengan institusi diraja yang berperanan sebagai payung kepada agama dan bangsa.

Sementara itu, Syed Saddiq melalui entri Twitter miliknya pada 16 November meminta maaf atas segala kelemahannya berhubung PRK Parlimen Tanjung Piai.


Sewajarnya semua pemimpin dalam PH memikul bersama beban kekalahan di Tanjung Piai dan bukan meletakkannya pada bahu Dr. Mahathir seorang sahaja. - CARI
3

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
8

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cicisweets 18-11-2019 09:41 AM
Elok la tolak salah sana sini,yg betul org meluat janji dicapati
Quote jeruklimau 18-11-2019 09:57 AM
Tak.. Masalahnya.. Memang gini eh post mortem lps PRK? Cari siapa yg boleh utk dipersalahkan? Bukanlah nak menyokong SS.. Tp betullah dia ckp tu.. Kemarahan perlu dijawab dengan tindakan. Rakyat ni tak mintak banyak.. Tunaikan aje apa yg kamu janji dlm manifesto PRU dulu.. Jgn bg byk alasan.. Macam mana hauk pun negara akibat pemerintah terdahulu.. Yg kami sedia maklum sehingga kamu terpilih sebagai kerajaan yg mentadbir.. Do something! Bkn hanya nak salahkan kerajaan lepas menyebabkan kamu tak boleh buat apa2. Kalau mcm tu.. Baiklah kekalkan aje pemerintah lepas.. Sbb kamu pun sama.. X boleh buat apa2 untuk bantu kami pun!!

#donemembebel
#mcmSSbacaroyananaku
Quote EmaAsmadi 18-11-2019 10:09 AM
Sorry no cure
Quote Al-Patih 18-11-2019 10:11 AM
apo nak buewek Syaiful Irfan Anang.....sibudak tu apo bondo yang dia buwek....pasai Kojak lah,  pasai Food Pandalah....yang teruk sekali lantik 13 oreng oreng dia bagi korja kat dalam Bela dan suka........(KBS)


caro macang ni .....rakyat bulih terajang meke.....tapi kan...... kalau bulih yg dah diundi bulih terajang kat bagui...
Quote misuke 18-11-2019 10:13 AM
pakat nk up diri sendiri konon bagus segala
Quote Kurex 18-11-2019 10:13 AM
sed ni ensem tapi bodoh
Quote minahrecon 18-11-2019 10:15 AM
Ntah.....Sana sini org lapor ekonomi truk...pH tumbang sbb ni la....rakyat ni nak hidup tenang bole cari mkn.....bukan nak Kaya raya mcm menteri pun...korang mmg hauk...BN dlu pun xde la bgus mana pun tp sbgai rakyat Aku bole cari mkn dgn baik.....Aku da syukur...xpayahla nak analisis kekalahan, nk Salah menyalah Sana sini.....cukup...cukup..
Quote Ina8895 18-11-2019 10:15 AM
Tak baik la kecam syed sadiq. Oh my hero!
Quote minguk 18-11-2019 10:20 AM
ingatkan saipul nang tadi.. saiful anang rupanya
Quote DAPee 18-11-2019 10:21 AM
@pyropura @Knights
Quote dino 18-11-2019 10:32 AM
undi melayu utk ph di tanjung piai 5% sajork.. undi cina 30% sajork

mmg sepenggal truk
Quote dino 18-11-2019 10:34 AM
Kurex replied at 18-11-2019 10:13 AM
sed ni ensem tapi bodoh

tu la jgn cari jate hrp muka je yea...
tgk ramli ms.. chipsmore here n there ttp pompuan minat.. sbb apa? karisma.. matang.. gituh. stop2 la tgk rupa elok tp dgr suara itik trus..
Quote Kurex 18-11-2019 10:39 AM
dino replied at 18-11-2019 10:34 AM
tu la jgn cari jate hrp muka je yea...
tgk ramli ms.. chipsmore here n there ttp pompuan minat..  ...

sed pelat s ni cuma pandai berkata tapi bodoh
Quote SWORKS27 18-11-2019 10:40 AM
ambik popkon la skit..layan drama pH nih
Quote cikatilia 18-11-2019 10:52 AM
jeruklimau replied at 18-11-2019 09:57 AM
Tak.. Masalahnya.. Memang gini eh post mortem lps PRK? Cari siapa yg boleh utk dipersalahkan? Bukanl ...

aku sokongbuat aje apa yg dijanji
pastu xyah la merepek2 nak beria kasi umah dekat org hongkong taiwan bagai dgn rega murah

pikir sebelum buat statement pon perlu.
Quote haruslah 18-11-2019 10:57 AM
masalahnye org undi korang dulu sbb manipesto/ xmo najib rosmah
skrg, rosmah najib dah kena dakwa tp manipesto ke laut dalam
pastu MP berladak x abis dgn statement2 x skolah
mendapatlaaa kamuuu
Quote Ina8895 18-11-2019 11:16 AM
Anwar 4 pm8
Quote Betara_Indera 18-11-2019 11:30 AM
pasni beliau carik makan dengan debat jelah
Quote anony-mous 18-11-2019 11:32 AM
dino replied at 18-11-2019 10:34 AM
tu la jgn cari jate hrp muka je yea...
tgk ramli ms.. chipsmore here n there ttp pompuan minat..  ...

Xnk. I nak sed sadiq jugak. Muka, body aumm. Bodoh atau x, xpenting utk ehem2

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.043262 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top