Seperti yang diumumkan pihak berkuasa, mulai 1 Januari 2020, penggunaan car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) akan diwajibkan bagi mengelakkan kecederaan serius sekiranya berlakunya kemalangan.
Sebagai makluman, kerusi yang digunapakai di Malaysia mestilah mematuhi standard R44 dan R129 yang ditetapkan United Nation. Ramai ibu bapa menyokong tindakan kerajaan ini, bagaimana pun ada juga sebaliknya. Salah seorang daripadanya ialah netizen bernama Chienta Mul'aien yang berkongsi keluhannya di Facebook. "Saya bukan anti car seat. Anak saya yang baby pun saya letakkan dalam car seat ya. Cuma saya terkesan dekat sini bila peraturan car seat ni diwajibkan pada 1 Januari 2020. "Faham tak 1 Januari tu apa? "Masa itulah ibu bapa berikat perut nak sediakan pakaian baru, kasut baru dan beg sekolah baru untuk anak-anak bersekolah. Yuran sekolah lagi. Anak seorang bolehlah cakap. Ala banyak mana sangat. Habis kalau dah 3, 4, 5 orang anak yang sekolah macam mana?" keluhnya.
Rupa-rupanya, Puan Chienta bersetuju dengan penggunaan car seat yang diwajibkan, tetapi tidak bersetuju dengan tarikh 1 Januari 2020. Menurut beliau, tarikh itu adalah tarikh kritikal di mana ibu bapa akan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk persekolahan anak-anak. Bagi mereka yang mempunyai lebih dari seorang anak, sudah pastinya membebankan memandangkan mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. 'Tambahan pula, car seat bukannya murah, buat yang pilih pre-loved car seat punya tarikh luput, sila cek,' katanya lagi. Komen Puan Chienta itu mendapat sokongan ramai ibu bapa. 'Kalau boleh, janganlah kuatkuasakan bulan Januari, buat bulan lain,' kata seorang netizen. 'Saya anak lima, pakai kancil, mana nak sumbat? Pening!' tambah seorang lagi. Bagaimana pula pendapat anda? Adakah peraturan ini membebankan? - CARI
|
bonggo replied at 18-11-2019 01:27 PM
Aku sokong tp tu la.. Dlm 2 3 bulan bg masa trus sruh rakyat sediakan utk anak2 dan wajibkan terus ...
anony-mous replied at 18-11-2019 02:20 PM
Yg xmampu tu i xkisah xnk pakai car seat. After all, jd apa2 bkn hal aku
Tp pakai kancil, ank 5?? ...
emily.topaz replied at 18-11-2019 09:22 PM
kereta kancil. anak lima. Gaji bawah seribu. Ini penderaan utk diri sendiri dan anak2.
Megikari replied at 18-11-2019 04:05 PM
Bukannya diorang keluarkan arahan semalam, hari ni terus kuat kuasa. Dah lama pun cerita pasal carse ...
kucingitam replied at 18-11-2019 11:23 AM
mungkin dah tiba masanya rakyat malaysia merancang dalam berkeluarga.
nak tambah anak, kena fikir ...
ADVERTISEMENT