Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad mendapat perhatian dan perbualan hangat di kalangan orang ramai. Apatah lagi apabila pelakon kacak itu kerapkali memuat naik status berbaur sedih dan kecewa kerana hubungannya dengan anak hasil perkahwinannya dengan Noor Nabila, iaitu Jebat semakin menjauh.
Dalam status terbarunya di Instagram, Sharnaaz berkongsi perasaan sedih apabila dia merasakan Jebat seolah-olah semakin tidak mengenali ayahnya sendiri. "Perkara yang aku tidak dapat ubah adalah perkahwinan (yang telah gagal).Tetapi, aku pasti boleh (ubah keadaan) antara aku dan Jebat." Ujar Sharnaaz, pada ketika ini dia hanya boleh melawat Jebat seperti permintaan Nabila dan keluarganya. Pun begitu, Sharnaaz enggan mengalah dan akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali haknya sebagai ayah kepada Jebat.
Kata-kata Sharnaaz buat Jebat juga mengundang sayu apabila dia berharap anaknya itu tidak akan melupakannya. "Tak sebesar zarah mereka itu penting antara kita berdua. Jangan lupakan Ba @jebatjayden"
|
JiEunTak replied at 18-11-2019 10:08 AM
Jijik btoi nak bg bapa sndiri jd visitor.
lolipopbiru replied at 18-11-2019 10:22 AM
nabila bawa lari jebat ke? haritu bawa jebat gi phuket now langkawi pula. mcm sengaja tak bagi sharn ...
ADVERTISEMENT