CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Bukan Dibuat-buat' - Lawa Tapi Melatah, Influencer Dakwa Berpunca Jangkitan Dari Bestfriend

15-11-2019 10:07 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11936| Komen: 49|Original author: Sang_Pencinta

Betul ke punca melatah tu berpunca dari jangkitan?

Video viral seorang influencer cantik yang melatah mendapat tontonan lebih 400,000 kali kini menjadi perdebatan berikutan kenyataan beliau bahawa aksi latahnya yang dirakamkan adalah asli dan berpunca daripada jangkitan teman baiknya.



Kredit foto: IG


Bagaimanapun ramai netizen mempertikaikannya dan melabelkannya sebagai cuba mencari publisiti murahan.

Gadis tersebut, Khayreena Kamal, 18 mengakui apa yang terpapar dalam video tersebut tidak dibuat-buat.


'Saya mulai melatah dari Tingkatan Dua sehingga sekarang, semuanya kerana terpengaruh kawan baik yang juga kaki latah' terangnya.

'Kerana terlalu rapat, saya terikut-ikut sampai orang tutup pintu pun saya latah' katanya lagi memberitahu Mstar.

Malahan Khayreena memberitahu beliau pernah menangis kerana merasa malu pernah tertampar kawannya ketika melatah.

'Sejujurnya saya malu, orang puji lawa-lawa tetapi bila melatah, dah tak jadi lawa' tuturnya lagi.


Kredit foto: IG



Meluahkan kebimbangannya bahawa tabiat latahnya itu akan menganggu kariernya sebagai influencer, Khayreena berkata beliau mahu menyampaikan mesej kepada orang ramai supaya tidak menyakat mereka yang melatah.

'Melatah tu penat sebenarnya, merimaskan dan tabiat yang sukar dihilangkan, happy untuk menghiburkan orang sekeliling tetapi bimbang akan menyakitkan sesiapa' tambahnya lagi.

Kredit foto: IG

'Kenapa aku rasa cringe bila tengok dia melatah?' kata seorang netizen mempersoalkan.

'Dia bukan pura-pura ok , dia memang melatah betul , dia bukan clown nak melatah saja saja' pertahan seorang lagi.


Kredit foto: IG

'Anak dara ke tu? Bawa-bawa berubat..takut esok kawin melatah terpeluk laki org..eh.., bawak berubat sebelum makin kronik esok-esok. Tak pun try latih melatah selawat ke, istighfar ke..sebut benda-benda yang tak teruk' nasihat seorang lagi.


Kredit foto: IG


Persoalannya, betul ke influencer tu benar-benar melatah atau hanya sekadar mencari populariti? Adakah melatah itu boleh berjangkit?-CARI


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Elanarose

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-11-2019 10:09 AM
nampak tua la walaupun umur 18
Quote Kurex 15-11-2019 10:10 AM
tapi macam dibuat2 yach..
orang melatah betul takdenya nak ayu2 macam tu.. puihhhh sebaris dengan intan najwa!!!
Quote azwanaliori 15-11-2019 10:12 AM
Buat2 ke x tetap annoying. Terus nmpk x lawa kt mata aku.
Quote msbegawan 15-11-2019 10:19 AM
kesian pun ada
Quote mamasaffiya 15-11-2019 10:28 AM
Kalau tgk gaya mcm dibuat2. Maaf lah ye.
Family sebelah arwah ayah saya semua melatah. Arwah ayah saya melatah, adik beradik dia melatah. Skrg ni turun ke anak2, kami ni lah pangkat sepupu2. Kalau berkumpul mmg hancur. Org melatah ni dia tak sedar apa yg dia cakap apa yg dia buat. Arwah ayah dgn sepupu saya pernah melatah sampai terjun sungai.
Lagi satu setakat terkejut tu bukan melatah.

Just my seposen
Quote munchkin 15-11-2019 10:34 AM
Mealath ni semua dibuat buat. Hanya melayu je ada. Yg ada penyakit melatah ni attention seeker.

Konon belah spouse aku punya uncle ada sorang makcik melatah kronik tahap teruk. So aku berpeluang lah bertemu. So org usik dia. Aku perati tanpa bagi reaksi. Dia sedar wei aku tak suka. Siap tunjuk kat aku. Lepas tu dia kontrol kontrol. Org acah suruh tumbuk muka husband dia tak tumbuk pun. Husband dia pun menyampah.

Ada sorang lagi kawan mil melatah kronik depa kawan2 menjadi2. Tapi according tu mil depan suami tak melatah sebab suami dia pun menyampah.

Melatah ni hanya dibuat buat. Kalau org tak layan mmg dia tak buat nya.
Quote MadameOnion 15-11-2019 10:37 AM
like seriously 18? nampak mcm 35..btw lawa ke? dok meratib "lawa2 kalau melatah terus jadi tak lawa" perasan much
Quote MsKathryn 15-11-2019 10:47 AM
Nmpk mcm fake je
Quote whadda 15-11-2019 10:53 AM
muka macam sorang pelakon sendu tu.. dari singapore kot.. ape ntah namanye

ade sorang makcik aku pon melatah.. menyampah aku tengok.. lama giler nak berenti.. over macam dibuat buat..
Quote prettyuglybabe 15-11-2019 10:57 AM
attention seeker..
Quote mizruncing 15-11-2019 10:58 AM
tak cantik mana pn. melatah pn mcm nk kontrol
Quote bondeh 15-11-2019 11:35 AM
lagi sorang melatah macam dibuat si Nadya Shahera ke apetah tuh...  skala nguapan nak tunggu dia stop latah eh eh eh tuh...

Quote Sham143 15-11-2019 11:50 AM
Edited by Sham143 at 15-11-2019 11:51 AM

Yg aku heran apasal bangsa melayu aje yg suka melatah.. Bangsa lain tk pernah pulak aku jumpa..
Quote renko 15-11-2019 11:51 AM
butoh laa
lagi2 so called influencer
sanggup buat apa je demi nk viral
da la nampak tua
Quote Bergosip 15-11-2019 01:19 PM
Maaf dik, dalam video tu nampak macam buat2 melatah terutamanya bila nak  buka penutup botol air tu.
Quote Bergosip 15-11-2019 01:24 PM
Dari portal : "myhealth.gov.my"

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, latah didefinisikan sebagai penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.

Melatah merujuk kepada mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat dan sebagainya. Tingkah laku melatah berlaku secara spontan kerana sudah tertanam di fikiran bawah sedar.

Latah bukanlah penyakit mental, namun sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah laku yang akan dilakukan secara berulangan dan tidak mampu dikawal.

Pelatah iaitu individu yang latah (Kamus Dewan Edisi Keempat) seringkali diusik dan dijadikan gurauan dalam kalangan ahli keluarga atau teman-teman mereka. Setiap aksi yang dipertontonkan oleh mereka menjadi satu bentuk hiburan yang mampu membangkitkan suasana.

Bahkan, sesebuah majlis perkahwinan atau kenduri-kendara seakan-akan hilang serinya tanpa gelagat mereka yang melatah. Aksi itu mungkin dianggap sebagai satu bentuk hiburan kepada orang lain. Semakin diusik atau disergah, semakin rancak mereka melatah.

Selepas melatah, pelaku tersebut akan mengalami kepenatan sehingga tidak bermaya. Mereka bukan sahaja melakukan aksi di luar kawalan, malah mereka tidak ingat apa yang telah berlaku. Berbeza dengan apabila kita berada dalam keadaan sedar, kita mampu mengawal pergerakan tetapi tidak ketika melatah. Jika tidak dikawal dari awal, aksi latah yang melampau  boleh membahayakan nyawa orang di sekeliling.

Ketika situasi latah sedang berlaku, orang di sekeliling hendaklah meredakan si pelatah dengan menenangkan dirinya. Caranya ialah dengan menampar bahu si pelatah lalu mengajarnya agar kembali tenang dan tenteram.


Penulis buku American Normal: Hyperstartle Syndrome, Lawrene Osborne pernah menyatakan jika masyarakat Amerika Syarikat (AS) popular dengan penyakit anoreksia, orang Nigeria mengalami masalah kepenatan minda, bangsa Melayu pula menghidap ‘penyakit’ latah (hyperstartle syndrome).



Meskipun kumpulan perubatan masih belum menemui punca sebenar latah, tetapi ia dipercayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial.

Latah dikatakan boleh disembuhkan melalui pendekatan hipnoterapi dengan mengendalikan fikiran bawah sedar pelatah dengan mengubah tingkah laku refleksnya. Selepas beberapa sesi dijalankan, sindrom ini akan beransur hilang

Rujukan:

http://www.kosmo.com.my/kosmo
http://arymisterius.blogspot.com/2012/11/menghilangkan-penyakit-latah.html?
Quote mokcikcctv 15-11-2019 01:25 PM
makcik2 aku ramai melatah klau blik kmpung tu ada sampai terkencing, tersembur air la, menjerit la so dh faham org melatah ni cmne, yg ni nmpak fake la dik non siap control2 ayu lagi
Quote irlene_hana 15-11-2019 01:26 PM
Dlm family aku ada la melatah dr dulu smpai la.  Dia ckp 'oh p**i"  "oh b***t hang"

Mak cik aku pun sama lagi panjang macam2 keluar dr mulut dia
Quote kaishi 15-11-2019 01:31 PM
dl2 laki aku suka la gak cucuk2 aku dan memg ada melatah ni bjangkit, kadg luar kawalan terkeluar carutan sngat la tak elok dan pprt....

smpai la aku geram dan aku tegur laki aku

"do u like if your wife looks like a stupid ?"

sejak tu xde dah nak cucuk2 dah...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.306526 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top