CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Kenapa PU Rizz Cemburu Dengan Hafidz Roshdi?

15-11-2019 09:32 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 15004| Komen: 78|Original author: Vanilla Thunder




Pencetus Ummah(PU) Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail yang  kini turut bergelar pelakon telah meluahkan  rasa cemburunya terhadap pelakon  Hafidz Roshdi melalui satu posting di laman Instagramnya.



Posting tersebut ditujukan khas kepada Hafidz Roshdi bersempena hari kelahiran pelakon tersebut sekaligus mendedahkan keperibadiaan dan semangat Hafidz Roshdi dalam mendalami ilmu agama. 

Menurut PU Rizz yang pernah bekerjasama dengan Hafidz dalam drama Kelip-kelip  di kota London, dia amat mengagumi  sikap pelakon itu yang amat menjaga solat fardhu lima waktu sehari malah  tidak pernah meninggalkan solat sunat  Dhuha sebanyak 12 rakaat sekiranya berkelapangan. Mungkin ini juga menjadi kunci rezeki pelakon ini. 

"Subhanallah, kagum dan hebat. Serious aku cemburu," ujar PU Rizz lagi.


Tambahnya lagi, Hafidz turut memasang penggera  di telefon pintarnnya bagi mengingatkan dia untuk bangun mendirikan solat Subuh.

"Bangun solat jauhi mungkar akan tertera pada alarm Hafidz. Memang bangun subuhlah cerita dia," katanya.

Mujurlah pendedahan ini dibuat oleh individu  lain dan bukan tuan empunya badan sendiri. Jika tidak,nescaya pelakon tersebut akan terus dilabel riak dan menunjuk-nunjuk di laman sosial oleh netizen.

Selain itu, Hafidz Roshdi turut membintangi filem Pusaka yang kini sedang ditayangkan di  pawagam dan khabarnya kini filem itu telah berjaya meraih kutipan melebihi  RM7.2 juta setelah 11 hari tayangan.


Sekali-sekala,  sejuk hati mendengar kisah-kisah positif seperti ini dikongsikan di media sosial. Manakan tidak, hari-hari kita sering disajikan berita yang negatif dalam kalangan artis. Semoga Hafidz kekal istiqomah dan harap kisah ini dapat dijadikan teladan kepada kita semua. - CARI
5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 15-11-2019 09:44 AM
alhamdulillah solat terjaga..
terigt dlu teruk heols kena kecam sbb jodoh tak bape nk cun. kesian dia. la ni PU plak memuji dia, smoga jgn lalai. InsyaAllah.
Quote kechikchomel 15-11-2019 10:06 AM
first time tengok PU Rizz ni iolss ingatkan dia adik beradik puteri ecah
Quote inspiro92 15-11-2019 10:07 AM
lasagna replied at 15-11-2019 01:44 AM
alhamdulillah solat terjaga..
terigt dlu teruk heols kena kecam sbb jodoh tak bape nk cun. kesian  ...

Aku pun tak paham tgk orang yang suka kecam  penampilan bini dia. Seronok je tengok keluarga kecik dia. walau dia ni tak cukup terkenal lg dlm industri, tp tgk job dia sentiasa ada. oklah tu. lg pula solat dhuha 12 akaat tu bukan semua mampu buat. sedangkan dhuha 2 rakaat pun kdg2 x mampu amalkan.
Quote lasagna 15-11-2019 10:16 AM
inspiro92 replied at 15-11-2019 10:07 AM
Aku pun tak paham tgk orang yang suka kecam  penampilan bini dia. Seronok je tengok keluarga kecik ...

iya btul dhuha tu slalu mampu buat 2 rakaat jer, paling lebih tu pun 4 rakaat.
dia smp 12 rakaat kau.. fuhhh.. bgus sungguh.
Quote mizruncing 15-11-2019 10:28 AM
wowww kagum. maybe tu kelebihan dia even dapat wife tak secantik mana. tp rupa tak penting. yg penting pndai bimbing isteri. rupa lawa pn klu solat tak jaga tak guna jgk
Quote Orix 15-11-2019 10:36 AM
alalalalalala PU ni.... burung aritu terbang dah tangkap balik belum?
Quote ReginaGeorge 15-11-2019 11:37 AM
Pu ni ke yang ada gambar bebird fly fly tuh?
Quote cicicumel 15-11-2019 11:43 AM
Perlu ke buat post khas utk  kawan ko dan memuji tentang ibadat dia dgn Allah?
kalu i jadi Hafidz i x suka..x perlu la nk heboh satu dunia..tuan punya badan pon x cerita kau plak sibuk2 nak bgtahu..nanti kal Hafidz ni terpaalit dgn kontroversi later, buat malu je dia org up balik pasal keimanan dia...poyo la PU ni..

and PU ni panggil Hafidz ni abang? haha..igtkan mcm x sesuai...muka dia lagi tua...umur x tahu.igtkan dah 30.sbb  hafidz ni x silap i paling muda kan batch Hero Remaja FA dan SK.
Quote Lelli 15-11-2019 11:48 AM
Sejuk dengar berita mcm ni.
Semoga Hafidz sentiasa istiqomah.
Quote LadyCarefree 15-11-2019 01:07 PM
cicicumel replied at 15-11-2019 10:43 AM
Perlu ke buat post khas utk  kawan ko dan memuji tentang ibadat dia dgn Allah?
kalu i jadi Hafidz i ...

Satgi dia xsolat doha ade lak yng kecam hehehe
Quote minahmanja 15-11-2019 01:44 PM
cicicumel replied at 15-11-2019 11:43 AM
Perlu ke buat post khas utk  kawan ko dan memuji tentang ibadat dia dgn Allah?
kalu i jadi Hafidz i ...

setelah di gugel, beza sethn je.. PU 1995, hafidz 1994 ...
Quote adeqo 15-11-2019 02:01 PM
Alhamdulillah.. aku tgok hafiz roshdi ni nmpk mcm baik budaknyee.. kenal dia masa dia berlakon cite red velvet

Xbaik sapa yg dok kutuk2 bini dia tu.. pd aku cantik jee.. semoga berbahagia hingga ke jannah bersama keluarga tercinta..

Tgok dia pun berbakat jugak lakonannya..
Quote anony-mous 15-11-2019 02:26 PM
Wah patut la i berkenan je dkt heols. Pernah jumpa dpn2 jenis xkisah mkn sorang2 n xde poyo takut org kenal ke ape. Mmg cute2 hensem.

Rugi la hafidz x bertemu dgn i, kalau x i jd wife heol
Quote anony-mous 15-11-2019 02:28 PM
cicicumel replied at 15-11-2019 11:43 AM
Perlu ke buat post khas utk  kawan ko dan memuji tentang ibadat dia dgn Allah?
kalu i jadi Hafidz i ...

Yg ni i setuju. Kalau nk cerita, xperlu exact details . Just ckp xtggal solat pon ckup. Takut lepas ni timbul riak ke, atau pandangan org lain berbeza ke. Boleh timbulkan fitnah

So PU Rizz ni bkn lah sahabat yg baik & boleh dipercayai
Quote seulgi 15-11-2019 02:59 PM
Laaa..ingatkan pu rizz cemburu sebab bebird hafidz lagi comel dari bebird heols
Quote adelea 15-11-2019 03:01 PM
Edited by adelea at 15-11-2019 03:02 PM

ada sebb kenapa seseorg rahsiakan ibadahnya dan hubungan dgn allah dr pengetahuan org

kerana rasa riak ni boleh terjadi tanpa kita sedari wpun hanya terdetik di hati

dah kenapa kau ni PU ridz p citer kat public pasal ibadah dia plak, hadoiih ,

klu i jadi hafidz
i marah ok
Quote ihtisyam1 15-11-2019 03:02 PM
Ni PU yg bebird fly tu kan .... X leh blah r
Quote Sangkar_Emas7 15-11-2019 03:11 PM
Semoga istiqamah hafidz. Semoga i pon boleh ikut jejakk hafidz...buat dhuha.

N happy belated birthday too!
Quote ashcroft86 15-11-2019 03:46 PM
Mencanak saham hafidz rosdi. Belakon best. Ada rupa. Ada body. Dan menjaga ibadat.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.086898 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top