Memilih untuk bersalin dengan khidmat doktor wanita memang tidak salah dan menjadi hak sebagai pesakit. Tetapi, bagaimana pula jika anda dalam keadaan kritikal atau kes kecemasan? Sudah pasti pihak hospital tiada pilihan selain menggunakan khidmat siapa sahaja doktor yang ada pada waktu tersebut.
Bagaimanapun, nampaknya ada ibu juga yang tidak memahami keadaan darurat seperti ini. Itulah yang dikongsikan seorang doktor muda menggunakan nama Dr Juna di Twitter. Menurut beliau, ketika menjalankan tugasnya di sebuah hospital baru-baru ini, seorang ibu telah dikejarkan ke wad kecemasan untuk pembedahan C-section kerana bayi yang dikandungnya mengalami keadaan fetal distress (bayi lemas). Bagaimanapun, ketika beliau meluru masuk ke bilik bedah, ibu tersebut mengeluarkan kata-kata kasar menghalaunya.
'TAK NAK STAF LELAKI!' kata wanita tersebut. Wanita itu yang turut tidak mempercayai vaksin menggunakan alasan agama untuk tidak mahu seorang pun staf lelaki merawatnya. Bagaimanapun, apabila dimaklumkan bahawa tidak ada doktor wanita yang bertugas pada masa itu, wanita tersebut terpaksa mengalah. 'Kami faham hak pesakit untuk memilih doktor wanita tetapi dalam keadaan darurat sila fahami situasi,' kata Dr Juna lagi. Akhirnya Dr Juna berkata, wanita itu dan bayinya berjaya diselamatkan, tetapi beliau menggesa ibu-ibu supaya jangan mengambil risiko yang tidak sepatutnya demi keselamatan bayi dalam kandungan. Persoalannya, perlukah pesakit mendesak untuk hanya dilayan staf perempuan di kala kecemasan seperti ini? - CARI
|
cikatilia replied at 18-11-2019 11:11 AM
gang yg sama mendapor kan anak2 pompuan
ko xyah la susah2 nak gi sekolah esok kedapor saja kau
batmana: doktor BBNU ke ni? sehari bape kes cmni daa..ko ada masa tepek dlm socmed?pi jupe doktor senior yg keje betul2, handle berpuluh kes 1 minggu, dia ada ...
batmana replied at 18-11-2019 11:10 AM
doktor BBNU ke ni?
sehari bape kes cmni daa..ko ada masa tepek dlm socmed?
jijilaaa replied at 18-11-2019 12:05 PM
kalu anak mati salah kan hospital..nasib anak tu umur panjang
ak ada follow sorang antivaxx ni..h ...
manehnya replied at 18-11-2019 11:53 AM
diva nye, masuk spital gomen, still nk demand? pilih doktor?
wau, berapa hinggit kau bayar dik?
meow_tompok replied at 18-11-2019 02:04 PM
elok letak kat satu pulau je mereka ni, dah lah kerek menyusahkan org duduk satu society dgn kita, ...
ADVERTISEMENT