Elly Mazlein mendedahkan yang dia telah dirisik kekasihnya dalam satu majlis yang berlangsung secara kecil-kecilan. Apa yang lebih mengembirakan, Elly akan melangsungkan majlis pertunangannya disember ini.
Menurut Elly, majlis itu diadakan secara sederhana dan tertutup hanya untuk keluarga terdekat sahaja pada bulan hadapan. "Insya-Allah, majlis pertunangan saya nanti akan berlangsung menjelang pertengahan Disember secara tertutup. Untuk majlis ini, saya akan raikan bersama keluarga dan rakan media. "Insya-Allah, majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan dalam skala lebih besar dan diraikan bersama keluarga serta rakan. Saya akan maklumkan apabila semua persediaan sudah lengkap dan muktamad," katanya kepada Harian Metro. Elly juga mendedahkan nama kekasihnya, Azlan yang akan diperkenalkan pada hari pertunangan itu, namun dia enggan mendedahkan maklumat lanjut. Difahamkan, selepas majlis bertunang akan ada tiga majlis lain yang akan menyusul iaitu majlis malam berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi sekaligus melengkapkan lima majlis impiannya. Tahniah Elly! Semoga semuanya berjalan lancar. - CARI
|
ciknam replied at 15-11-2019 11:45 AM
laaaa... ingatkan dah nak kawin.. rupanya nak bertunang baru...
ADVERTISEMENT