Barista yang berasal dari Malaysia, Irvine Quek Siew Lhek dinobatkan sebagai juara 2019 World Latte Art Battle (Pertandingan Seni Latte Dunia 2019) yang diadakan di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini. Pertandingan yang berjalan dari 9 hingga 11 November itu dianjurkan oleh World Coffee Battle, menyaksikan anak muda berusia 21 tahun itu mengalahkan Kim Young Jin dari Korea Selatan dengan 10 mata, menjadikan skor diperolehinya berjumlah 73. Lebih membanggakan, kejohanan ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut bagi Quek! Tahun lepas, Quek menyandang gelaran yang sama pada 2018 World Latte Art Championship (WLAC) yang berlangsung di Brazil.
|
True-X replied at 15-11-2019 09:42 AM
tahniah,,,..
aku x penah order kopi ade corak.. huhuhu
nononcrux replied at 15-11-2019 10:38 AM
hehe sama la kite.. ape pon tahniah
ADVERTISEMENT