Pengacara Nabil Ahmad dan kecaman rasanya tidak asing lagi. Setiap minggu mengacarakan program Gegar Vaganza 6, ada sahaja telatahnya yang dikritik. Malah, ada pula netizen yang membandingkan Nabil dengan Alif Satar kerana Alif dikatakan lebih profesional, menjaga air muka dan sebagainya. Bercakap tentang hal ini, Nabil berkata dia tidak tersinggung bila dia dibandingkan sedemikian rupa.
"Alif ada cara dia, kalau saya jadi macam dia orang akan kata saya propa. "Saya dah buat GV selama enam tahun dan takkan tiba-tiba saya nak ubah menjadi Alif?" katanya kepada Astro Gempak. Dia juga berkata akan teruskan 'perangai' dalam program itu dan mengikut terma yang ditetapkan. "Alif pula kalau cuba jadi saya dan lawak tu tak sampai, apa pula kesannya pada dia? "Jadi, masing-masing ada keunikan mengacara sesebuah rancangan dan saya akan terus buat perangai saya mengikut terma dan syarat rancangan itu sendiri," ujarnya lagi.
|
Kurex replied at 14-11-2019 01:46 PM
atau hentikan kejap gv ni 5 tahun.. pun ok jugak.. sian nabil, takpe, kurex tetap meminatimu..
PEPPERMAN replied at 14-11-2019 02:37 PM
I suggest dia ubah cara jadi macam AzwanAli, mencarut tanpa batasan
Telolet replied at 14-11-2019 02:51 PM
oooo nabil pon taste jugak eh. tapi setuju gak, hentikan kejap baru orang ternanti2.
Noraniza_Iblis replied at 14-11-2019 02:40 PM
bg aku best laa die mengacara GV..
lawak die tu, mmg masuk air..
jenis menganjing spontan..
ADVERTISEMENT