Ibu bapa kejam! Sepasang suami isteri dilaporkan sanggup mendera anak lelaki yang berusia lima tahun dengan begitu kejam. Budak itu dikurung dalam sangkar kucing dan turut disimbah dengan air mendidih kerana tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Harian Metro melaporkan Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, keduanya 27 tahun turut sering memukul mangsa sehingga tempang kerana tempurung lututnya senget. Kejadian di Singapura itu mendapat liputan ketika perbicaraan terhadap tertuduh semalam. Mahkamah diberitahu mangsa dikurung dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016 kerana enggan mandi sebelum bapanya mencurah air panas sekurang-kurangnya 92 darjah Celcius pada belakang dan betisnya.
Mangsa kemudian rebah dan tidak bergerak namun dibiarkan sebelum dibawa mendapatkan rawatan selepas enam jam. "Malangnya, dia meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan susulan laporan dibuat terhadap mereka oleh pihak hospital," kata laporan itu. Bukan itu sahaja, bapa mangsa juga pernah menekap sudu yang dipanaskan pada tangan tangan mangsa kerana mencuri susu tepung untuk dimakan. Semakin zalim, mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya. Kedua-dua tertuduh kini menghadapi hukuman mati madatori atyau penjara seumur hidup. - CARI
|
TravellingBear replied at 14-11-2019 09:09 AM
Benang 2 minit lebih awal @Modngengade dah bukak
Boomibulat replied at 14-11-2019 08:51 AM
Masih ada melayu di singapore..bkn alif aziz je rupanya..
Boomibulat replied at 14-11-2019 09:11 AM
Ye..td tgk blm ada lg..tgk skali lg ada dah..pprt btl la modngengade tu..
Modngengade replied at 14-11-2019 09:16 AM
knpa kaka boomigundu suka buka tered yg sama?
Boomibulat replied at 14-11-2019 09:19 AM
Sama la ..sis pun buka tred amah indon kasi baby mkn cili hijau..padahal srmalam i dah buka..
B ...
Boomibulat replied at 14-11-2019 08:51 AM
Masih ada melayu di singapore..bkn alif aziz je rupanya..
ADVERTISEMENT