CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Tino Serik Percaya Orang, Kawan Baik Sendiri Kantoi Curi Kad ATM Dan Duit Beribu

14-11-2019 12:04 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7199| Komen: 31|Original author: OlehL LilRose

"Bukan tak percaya, tetapi saya serik. Kawan yang saya kenal sejak sekolah rendah dan percaya pun boleh buat macam tu."

Alahai, kesian Aiman Tino yang pernah ditipu kawan baik sendiri. Bukan setakat ditipu, malah kawan yang dikenali sejak sekolah rendah itu sanggup mencuri kad ATMnya dan mengeluarkan duit hingga mencecah ribuan ringgit di belakangnya!



Kredit foto: IG

Berkata kepada Gempak, penyanyi itu serik untuk meletakkan kepercayaan penuh kepada orang lain sejak kejadian.

Dakwanya, sudah beberapa kali kawannya berbuat demikian dan dia hanya menyedarinya selepas berasa tidak sedap hati apabila pelaku tiba-tiba bagi alasan nak keluar jumpa kawan.

"Saya perasan duit dalam bank semakin berkurangan dan tidak pernah mengesyaki apa-apa. Sehinggalah suatu hari tu, saya bangun dari tidur saya nampak dia nak keluar.


"Dia kata nak keluar jumpa kawan, saya tak sedap hati dan tergerak nak tengok dompet. Saya terkejut bila mendapati kad ATM tak ada.

"Saya tunggu dia balik tapi saya tidak bertanya apa-apa kepadanya dan dia mula resah. Agaknya dia tidak tahu macam mana nak letak balik kad tu dalam dompet saya," katanya.



Selepas mengadu kepada ibu bapanya, mereka terus ke rumah pelaku dan menceritakan mengenai kejadian kepada bapanya.

"Tidak mahu memanjangkan cerita bapa dia bayar balik duit saya yang anak dia dah ambik.

"Macam mana dia tahu nombor pin kad ATM saya, mungkin selama ini dia nampak setiap kali saya keluarkan wang. Mungkin la kan," katanya yang akan berhati-hati bersahabat selepas ini.



Aiman bagaimanapun menjelaskan sudah memaafkan individu tersebut dan tidak menyimpan dendam.

Biasa keluarkan duit di mesin ATM depan kawan ke tu, Aiman? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 14-11-2019 12:07 PM
Lagu nk keluar ade je la nk jadikan bahan orng ckap psal kau.
Quote unguaurora 14-11-2019 12:49 PM
Tak..mslhnya kenapa tido dgn kwn? Kat mana tido?
Quote Psfzi 14-11-2019 12:56 PM
Yealah jgn percaya sgt kt org
Quote sheeq 14-11-2019 12:57 PM
Ayahnya dah ganti duit ko, apa yang ko kecoh lagi
Quote asmara_me 14-11-2019 01:12 PM
lagu Benci tu tak sedap langsung ..
Quote Orix 14-11-2019 01:29 PM
tido sekatil ke dek? tanya je
Quote bakingsoda 14-11-2019 01:34 PM
kenapa kawan ko tido ngan ko bukan kat rumah dia
Quote mieymiey 14-11-2019 01:45 PM
Kawan tu tidur sekali di rumah ko ker?
Dah rapat cenggitu, beraninya dia mencuri.
Quote Atata 14-11-2019 01:49 PM
Hahaha sian eman. Nak mgadu duit dia d curik tp korang smua londeh benda lain plk
Quote unguaurora 14-11-2019 01:54 PM
Nak bgtau duit heols byk la tuh
Quote RumiMenari 14-11-2019 02:26 PM
Macam budak tingkatan 1 bercinta je dlm klip Benci tu....
Quote joyahglam 14-11-2019 02:33 PM
beberapa kali terjadi. adakah time dek eman tidur kawannya mencopet. gitu??

Quote Melorqe 14-11-2019 03:30 PM
bila best fren biasa la bermalam kt rumah kawan
mcm anak aku la, kawan2 ajak overnight, padahal rumah selang beberapa pintu ja.
Quote cicicumel 14-11-2019 03:48 PM
heols dh kena pecat drpd racing Toyota ke sis? x nmpak kelibat heshe
Quote hantamal 14-11-2019 04:24 PM
Duit hilang pun tak perasan, kayanya heols..yg penting lagu baru heols hauk to daa max
Quote dewi_rina 14-11-2019 05:13 PM
Dia ni mcm naqiu masa zaman bbnu dulu
Lagi 10-15 tahun, aiman tino akan digilai oleh makcik2 mak2 orang mcm naqiu sekarang
Panjang umor kita dpat tengok
Quote RatuDunia94 14-11-2019 08:06 PM
dewi_rina replied at 14-11-2019 05:13 PM
Dia ni mcm naqiu masa zaman bbnu dulu
Lagi 10-15 tahun, aiman tino akan digilai oleh makcik2 mak2 o ...


Yes.. di mana masa tu ramai tiba2 mengaku... "aku mmg minat aiman tino ni dulu.. siap simpan gambar2"
Quote Perawankota 15-11-2019 03:57 AM
Tau byk duit..
Quote unguaurora 15-11-2019 08:18 AM
dewi_rina replied at 14-11-2019 05:13 PM
Dia ni mcm naqiu masa zaman bbnu dulu
Lagi 10-15 tahun, aiman tino akan digilai oleh makcik2 mak2 o ...

Iols x rasa cmtu. Suara heols akan kekal begitu sampai bila2. Mcm dak pian, bbnu kertu tu. Xdenya nak besar lg suaranya.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.051668 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top