CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kerja Siapa Ni Anjing Dicat Hijau, Kucing Dicat Biru Macam Sang Wira? Tak Kelakar!

13-11-2019 05:06 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6344| Komen: 25|Original author: Oleh: LilRose

Kejam, zalim! Budaya menganiaya haiwan semakin menjadi-jadi dan bertambah parah apabila ada pihak mengecat haiwan menggunakan penyembur warna.

Mungkin kelihatan lucu dan menghiburkan, namun tindakan bodoh ini membahayakan kesihatan haiwan, malah boleh menyebabkan kematian akibat keracunan toksin.



Kredit foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association

Facebook Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association semalam berkongsi mengenai seekor kucing yang dicat warna biru seakan-akan menyerupai watak animasi Sang Wira.


Kredit foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association


Sebelum itu, laman FB itu ada berkongsi mengenai seekor anjing yang dicat hijau.

Mungkin mereka sedar mengenai kesan memudaratkan kepada haiwan itu, namun sengaja melakukannya demi memuaskan rasa bosan dengan melakukan perbuatan khianat terhadap haiwan sebagai gurauan.


Kredit foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association

Difahamkan, anjing itu ditemui berhampiran lokasi Subang Bistari.

Persatuan terbabit meminta jasa baik orang ramai untuk menyalurkan maklumat pelaku kepada pihak berkuasa.


Kredit foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association
 
Jika didapati bersalah, individu terbabit boleh didakwa mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Ramai warganet mengeji dan mengecam tindakan bodh tidak berperikemanusiaan individu tidak bertanggungjawab terbabit.


Kredit foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association

Semoga pelaku ditemui dan menerima balasan setimpal perbuatan tak berakalnya. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • miraclehopes


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-11-2019 05:14 PM
Siapalah buat kerja nyanya macam ni elok hukum sembur cat kat kulit pelakunya pula baru tahu macam mana
Quote MenteriWanita 13-11-2019 05:20 PM
Selagi kita tak selfie dengan anjing joker itu, selagi tu PU bersetuju anjing itu dicat hijau
Quote LadyCarefree 13-11-2019 05:21 PM
Artemesiaa: Siapalah buat kerja nyanya macam ni elok hukum sembur cat kat kulit pelakunya pula baru tahu macam mana



Ni semua jenis semua benda pon lawak. Bangang
Quote kawaiichicken 13-11-2019 05:34 PM
nak tanya..yang kat sabah yang rabbit farm ada rabbit warna purple tu tak bahayakan rabbit tu jugak ke...

Quote missus_meow 13-11-2019 05:35 PM
xde keje ke
Quote lalahaf 13-11-2019 05:42 PM
Siannye....
Quote Kurex 13-11-2019 05:57 PM
ehhhh bodohnyaaaaa manusia ni!!!!!!
Quote doubleA 13-11-2019 06:14 PM
Jahatnya. Walaupun binatang deme tu makhluk bernyawa juga, bukan tiket utk buat sesuka hati
Quote Andyscenes 13-11-2019 07:00 PM
aku x tau la, nk sedih ke nak gelak.
Quote gummiebear 13-11-2019 07:29 PM
Jahatnya manusia nih!
Quote RatuDunia94 13-11-2019 07:45 PM
Siannya cing tu.. tp nampak comel lak..
Quote Psfzi 13-11-2019 08:55 PM
Kesian weh... sapa la pedajal haiwan2 ni
Quote cutepiekiss 13-11-2019 09:53 PM
Setan mana buat nie????? Tak de hati perut ke???
Quote diss69 13-11-2019 10:00 PM
Akk pulak yg teremo..
Quote AbukRokok 13-11-2019 10:01 PM
hahaha kelakau
Quote justchu 14-11-2019 08:12 AM
Tak memasal aniaya binatang tu....kan ke chemical
Quote Orix 14-11-2019 09:04 AM
MenteriWanita: Selagi kita tak selfie dengan anjing joker itu, selagi tu PU bersetuju anjing itu dicat hijau



Kihkihkih...... patotnya pegi cat PU tu bg hijau 1 badan bukan anjinh. Kihkihkih
Quote Supersirap 14-11-2019 10:06 AM
Semoga so pelaku dihadapkan ke muka pengadilan
Quote saviour_09 14-11-2019 10:48 AM
kesian

semoga ko dicat sebegitu sebelum ke liang lahad

amen..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.173808 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top