CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Lakonan Amar Baharin Dan Amyra Rosli Dalam 'Cemburu Seorang Perempuan' Terima Pujian Netizen!

13-11-2019 10:25 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 32089| Komen: 214|Original author: Myeonir

Sekarang ini, banyak betul drama Melayu best yang ditayangkan di kaca televisyen. Tak kisahlah yang pukul 7 ke, pukul 10 ke, semua pun boleh tahan menarik jalan ceritanya!

Terbaru, Astro RIA telah melancarkan satu slot tayangan baru pada jam 7 malam yang belum pernah lagi dilakukan oleh stesen televisyen itu. Nampak gayanya, mungkin cuba melawan populariti slot Akasia di TV3 yang ditayangkan pada waktu yang sama.

Pada permulaan ini, RIA telah mempertaruhkan drama bertajuk 'Cemburu Seorang Perempuan' yang diterajui oleh Amyra Rosli, Amar Baharin dan Emma Maembong. Nampak gayanya langkah stesen ini menjadi kerana naskhah ini menjadi sebutan orang ramai.

Kredit foto: Blog
Sinopsis

Zikri dan Dhia berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhia dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.


Zikri kemudian berkahwin Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.

Dhia rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.



Rata-rata netizen juga telah memuji jalan cerita drama 'Cemburu Seorang Perempuan' ini kerana kelainannya. Mereka juga turut membanjiri lakonan Amyra Rosli dan Amar Baharin dengan pujian.

Kredit foto: Blog
Apa pula pendapat korang? -CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Teru2Bozu 13-11-2019 10:32 AM
Adaptasi dari novel Creative. Best cerita ni.
Quote fahima80 13-11-2019 10:43 AM
Asalnya tertengok ep 3 then terus cari episod 1 dan 2. Terus tengok sampai sekarang. Lakonan Emma, Amyra, Amar, Fauzi Nawawi dan Lisdawati memang terbaik. Sedih happy semua terasa. Geram tengok Emma yang meroyan, Dhiya yg lembik, Zikry yang tak tegas, mak abah Dhiya yg sangat sayangkan dia. Memang kena sangat pelakon2nya dengan watak2 cerita ni.
Quote greantea 13-11-2019 10:54 AM
novel ni memang best. tp drama x tgk.
Quote putericahaya999 13-11-2019 10:57 AM
Ibu tumpangg boleh ke buat di Malaysia
Quote Kerkin 13-11-2019 10:58 AM
Belum tgk lagi tapi tgk preview dia mcm best
Quote shania88 13-11-2019 11:00 AM
kenapa takde cerita ni dibincgkan dalam forum?

cerita ni sgt best
tapi slack dgn watak najib(boipren jannah nick) yg tak pandai berlakon tu
sgt2 tak pandai berlakon
terfikir mcm mana dia boleh lepas jadi pelakon eh

actually cerita ni mood emma tu berubah2
kejap ok je kejap meroyan mengila
lagi2 lepas selalu dihasut kakak dia

actually kakak dia tak kisah pun pasal dhiya dgn zikri
dia hasut adik dia sebb dia nak bls dendam kat adik dia je
Quote rotiban 13-11-2019 11:01 AM
fahima80 replied at 13-11-2019 10:43 AM
Asalnya tertengok ep 3 then terus cari episod 1 dan 2. Terus tengok sampai sekarang. Lakonan Emma, A ...

sama la..start tengok dr eps 3.. sedih yg amatsss
tiap2 hari nak kena nangis...penat la mcm ni

pemilihan lagu2 dia pon best..memang kena dgn situasi
amyra tu belakon watak sedih memang makanan dia
senang nau kuar airmata..laju je xde tahan2 dah
cite akasia tv3 skrg ni jauh bertiang tinggal kalu nak compare dgn cite ni


Quote pauliza 13-11-2019 11:06 AM
Antara novel yg paling diingati sebb jln cerita yg lain drp yg lain .Satu lg novel creative jgk Bila Sena Kembali Berbunga ,best & takde ke yg nak adaptasi .Huhu novel2 dulu feel dia lain drp novel2 bbnu zmn skrg .
Quote sideqsegaraga 13-11-2019 11:10 AM
Cerita melayu yang sangat best. Jarang la aku nak follow cerita melayu.

BEST.......
Quote InangPutri 13-11-2019 11:11 AM
shania88 replied at 13-11-2019 11:00 AM
kenapa takde cerita ni dibincgkan dalam forum?

cerita ni sgt best

Tu la, mencari juga thread ni kat forum tp tak jumpa. Ni antara novel yg agak tak klise endingnya. Lakonan emma pn menjadi sgt dalam ni.. Emosi yg sentiasa berubah2 dan kakaknya tu rasa mcm nak ketuk2 jea kepala dia, batu api sgt..
Quote auntyonion 13-11-2019 11:16 AM
Nape kak nad mcm.dendam dgn emi eh dlm cte ni
Quote Lavender_Violet 13-11-2019 11:17 AM
Sangat ironi gambar family kat atas tu
Yg asal bertudung dah x bertudung (Emma Kembong)
Yg mmg asalan tak bertudung, bertudung pulak dlm gambo tu
Quote shania88 13-11-2019 11:18 AM
InangPutri replied at 13-11-2019 11:11 AM
Tu la, mencari juga thread ni kat forum tp tak jumpa. Ni antara novel yg agak tak klise endingnya. ...

kakak dia dendam dari kecik
mak pak pilih kasih
syg kan adik dia je sebb adik dia dari kecik comel
pastu si adik dia lak dari kecik suka ejek2 kakak dia
dah besar adik dia jadi permpuan cantik dapt lelaki kaya yg memg cintakakn dia dan mewahkan dia
kira nasib adik dia ni best la
semntara dia lak dgn selekehnya duduk kampg dpt laki tak guna
sebb tu dia tekad nak tonggang terbalikkkan hidup adik dia dgn cara guna mental iaitu sentiasa hasut batu api

Quote kakakko 13-11-2019 11:19 AM
auntyonion replied at 13-11-2019 03:16 AM
Nape kak nad mcm.dendam dgn emi eh dlm cte ni

Iols rasa sebab jeles dari kecik lagi..
Quote kakakko 13-11-2019 11:23 AM
Ya hari2 dok tengok cerita ni. Iols bukan penggemar drama Malay nak2 yg pukul7 segala ni. Tapi bila astro start sneak peak (ke trailer eh... ) mood nak tengok tu rasa berkobar2. Coz dapat rasa jalan cerita ni lain dari yg lain.

Rupanya memang booommm. Amekko.. Emma padu gila berlakon saiko. No more Emma watak teraniaya, ditindas. Now Emma watak meroyan + saiko + sebal gila. Hahaha.

Amar + Amyra memang best lakonan depa. Lisda + Fauzi pun mantoppp. Qilah kawan Dhia tu pun comey sangat lah budak niiii. Best lakonan dia. Najib tu la kureng sikit. Tapi okay je semuaaaa... Iols sukaaa..
Quote shania88 13-11-2019 11:27 AM
pauliza replied at 13-11-2019 11:06 AM
Antara novel yg paling diingati sebb jln cerita yg lain drp yg lain .Satu lg novel creative jgk Bila ...

cerita pokok sena tu klise sgt la
byk cerita melayu dah buat
sejenis cerita tak abis2 kaya cinta org miskin mak kaya tak suka nak jodohkan dgn permpuan yg dipilih sendiri
Quote Biabetik 13-11-2019 11:27 AM
Waktu siaran citer ni x sesuai, pukul 7 tu... Citer ni patut masuk slot pukul 10 mlm gantikan  drama Satukan Rasa yg ntah apa2 citernya. Meleweh2 dgn pelakon x de feel. Letih tgk khai bahar asik usung beg turun naik tangga kolej hari2 . Terpaksa marathon hari ahad tgk ulangan je.
Quote dahlamadah.. 13-11-2019 11:36 AM
tak bleh jadi ni.. kena follow la jugak

beberapa kali tgk trailer, mmg nampak emotion pelakon2

sejak kembali tak bertudung ni, makin kembong pulak aku tgk pipi Emma Maembong
Quote cmf_Strawberry 13-11-2019 11:46 AM
Novel ni mmg best sgt sgt sgt okay.. satu2nya novel yang berry boleh baca berkali2... novel Creative dulu2 memang best.. berbeza dgn novel sekarang.

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.104923 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top