CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Dalam Lori Pembancuh Simen

10-10-2013 09:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11338| Komen: 25



SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing maut ketika membersihkan sisa simen di dalam lori pembancuh simen di tapak pembinaa rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Mangsa Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit dan rakan mangsa yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh dikatakan menghidupkan enjin lori menyebabkan pembancuh itu berputar. 

Mangsa yang tiada keterangan diri meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena pisau pada mesin pembancuh itu.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/09


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ren0_0 9-10-2013 05:11 PM
perghhhh....kematian yang ngeri
Quote shahx 9-10-2013 05:18 PM
gambor mana?
Quote batmana 9-10-2013 05:29 PM
Quote koondoor 9-10-2013 05:35 PM
takziah kepada si mati. mati masa cari rezeki.
Quote bianglala 9-10-2013 05:39 PM
berapa lama berputar.. baru kawan dia yang hidupkan enjin tu sedar.
Quote airfilterkotor 9-10-2013 05:52 PM
Bunyik enjin lorry mixer ni sebenarnya bising.
Yang kawan tu pulak apa jadah pegi masuk dalam drum tu. Tak penah dibuat orang.
Quote AbukRokok 9-10-2013 06:50 PM
sorg lagi PATI terhapus
Quote redz85 9-10-2013 06:52 PM
sian nya...
Quote miawpink 10-10-2013 09:06 AM
Ajal dikisar mesin simen
Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.

Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.

Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.





KEADAAN mangsa yang maut terkena bilah besi ketika membersih sisa simen dalam tangki lori, semalam.


MAYAT mangsa selepas dikeluarkan dari mesin pembancuh simen.


Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/10

Quote ad_hoc79 10-10-2013 09:09 AM
takut tgk gambar2 macam ni
Quote biggirlduncry 10-10-2013 09:19 AM
adoiii.... ngeri wei....
Quote mute 10-10-2013 09:51 AM
style g bersihkan tangki tak pegang kunci lori la ni... tak jage keselamatan tol dieorang ni
Quote Modngengade 10-10-2013 10:39 AM
Safety first
Quote AraBellaJuan87 10-10-2013 01:59 PM
Ya ALLAH~
Kesiannya!
Quote Jannatul_Aisya 10-10-2013 04:19 PM
Siannya.. Tp klu ajl tk bleh tolk
Quote harizs 10-10-2013 04:24 PM
miawpink posted on 10-10-2013 09:06 AM
Ajal dikisar mesin simen
Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin p ...

kena cuci ka? bukan ka gelap dalam tu?

Quote rosasa 10-10-2013 04:26 PM
kesiannya...takziah... mesti rasa bersalah kan kawan dia tu

yg arwah masuk dalam tu buat apa, cuci je dari luar, biasa mcm tu kn
Quote BotakChinPeng 10-10-2013 04:42 PM
Kesian. Kena bancuh macam simen
Quote mak_wa95 10-10-2013 05:20 PM
kemalangan di tempat yang tidak disangka

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.126558 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top