CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Solat Macam Mana? Nah Alif Satar Kongsi Video Solat Semasa Perlumbaan Ironman Langkawi 2019

13-11-2019 10:34 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11738| Komen: 60|Original author: Oleh: natrahn

Baru-baru ini ini, Alif Satar, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar telah menyertai acara Ironman Langkawi 2019 dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 15 jam, lima minit dan 49 saat.






Namun, ada netizen mempersoalkan bagaimana Alif menunaikan solat jika mengambil masa 15 jam di acara tersebut. Alif sebelum ini pernah memaklumkan pihak penganjur ada menyediakan tempat khas untuk umat Islam menunaikan kewajipan mereka.



Terkini Alif menerusi laman Instagram miliknya, beliau telah memuat naik satu klip video yang menunjukkan beliau mengambil wuduk dan menunaikan solat di 'checkpoint' perlumbaan.



Perkongsian itu sekali gus menjawab tanda tanya pertikaian netizen sebelum ini. Menurut Alif lagi, perkongsian itu juga bagi membuktikan solat itu mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja dalam apa cara sekalipun. 



"Sejak buat perjalanan Ironman Langkawi 2019 di Youtube, ramai mengikuti perkembangan ini. Dalam masa sama, saya mahu beri inspirasi kepada orang ramai.

"Apabila timbul persoalan macam mana dengan solat, saya berasakan perkongsian ini sedikit-sebanyak membantu mereka yang ingin menyertai acara ini.

"Mungkin mereka bertanya sebab tak tahu. Bagi saya, tak perlu risau atau takut nak masuk terutama memikirkan bab solat. 

"Solat itu mudah. Alhamdulillah, tempat perlumbaan ini menyediakan tempat untuk solat. Tinggal lagi kita kena bijak cari masa," katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Alif lagi, perkongsian ini bukan untuk menunjukkan dirinya bagus tetapi bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan. 

Untuk video penuh keseluruhan perlumbaan, peminat boleh menontonnya di Saluran Youtube Alif Satar. - CARI
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 13-11-2019 10:36 AM
Komen cara solat pls  ....... Hehehehehe
Quote Jamil_Abu 13-11-2019 10:40 AM
good for you Alif
tapi kesian kat hangpa disebabkan umat netizen ni habis semua benda nak kena justify ...
akai ada tapi malas nak pikiaq!
Quote kucingitam 13-11-2019 10:48 AM
satgi ada pulak yg komen...ehh kat tgn tu ada tulisan, air tak tembus ke kulit...bla..bla..gitu...
Quote Kurex 13-11-2019 10:53 AM
makin lazat dia ni..
Quote binipopeye 13-11-2019 11:02 AM
yg komen pasal solat tu... cukup solat ke 5 waktu tiap hari... aliff ni nasib laa ade org curi2 amik video dia solat jd bukti... kalo xde video makin panjang meroyan tukang komen tu.. sedangkan kalo tinggal solat pun bole qada solat.. islam itu mudah yg payah si mulut2 berlagak alim..
Quote helicornia 13-11-2019 11:02 AM
sampai kena tunjuk gambar nak justify aduhh

tapi on the positive side, sapa yg ragu2 nk join event panjang mcm ni takut tinggal solat so sekarang takde baru tau takde isu miss solat
Quote tuberoses 13-11-2019 11:11 AM
sibuk nye nak tau org tu solat ke tk...
semua nk kena justify canang satu donia baru netizen puas ati gaknya..
Quote chicozinn 13-11-2019 11:28 AM
positive side at least bagus la pasni sapa2 join ironman xperlu nak culas bab solat sbab dah ada kemudahan gittuhh
Quote Intanmahsuri 13-11-2019 11:34 AM
Rasa dia memang nak documented his journey.
Quote anastasia7 13-11-2019 11:46 AM
Mujur la yg tanya tu tanya alif.
Quote mitten 13-11-2019 11:52 AM
Good sharing ni bagi mereka yg tertanya2
Quote inspiro92 13-11-2019 12:03 PM
good job alif. x sia2 aku minat  ko.
Quote keknaih 13-11-2019 12:05 PM
entahlaa kadang2 yg komen tu pun belum tentu boleh jaga solat
Quote lasagna 13-11-2019 12:06 PM
padan la muka yg start tya soalan aritu, haa kau siap video n gambo lagi sbgai bukti.
kalau dlm court kalah dah kes kau ni dik! dah tu yg brtya tu solat perfect kaa?
Quote sweetgirl 13-11-2019 12:15 PM
sebak tau tgk video dia yg part 3 tu... mmg kena mental kuat kan nak masuk race mcm ni... lepas tu lagi sebak bila aliff dah sampai peluk ibu ayah dia... pastu masa dia call wife dia... huhu nangis tgk... nampak la aliff sayang giler dgn wife dia
Quote tokenn 13-11-2019 12:22 PM
bagusnya dak alip ni
Quote meteorspeed 13-11-2019 12:32 PM
Nasib baik iols dah minat uols.. Keep it up.. Jgn ado gossip yg busuk..
Quote matseh 13-11-2019 12:50 PM
Macam dia komen juga la. Kalau nak solat, tak kira di mana pun buleh dalam apa keadaan kita akan usaha. Kalau tak nak. Lalu depan masjid waktu dah masuk pun x akan solat.
Quote imanda 13-11-2019 01:15 PM
sometimes I rs alip ni sk showoff tp atleast org luar blh la tau psl solat dlm event dgn adanya vid dr alip nih. n still nama alip disebut2 sbg lelaki yg soleh n syg fml.

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039426 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top