Maharaja Naruhito dan isteri, Maharani Masako berarak di bandar Tokyo pada Ahad disaksikan rakyatnya sempena pertabalan baginda sebagai maharaja tahun ini. Baginda mengambil alih takhta selepas ayahanda baginda, Maharaja Akihito turun takhkta atas faktor kesihatan. Bermula jam 3 petang dari Istana Imperial, maharaja dan maharani Jepun itu dilihat menaiki kereta limusin Toyota Century sambil diiringi polis pengawal dan dibawa berarak sejauh 4.6 kilometer.
Orang ramai kelihatan teruja mengambil gambar pasangan diraja itu yang memakai kot panjang berwarna hitam dan gaun putih beserta tiara. Ini merupakan perarakan pertama pasangan diraja ini selepas berkahwin pada 1993, menyaksikan ada di kalangan rakyat yang menanti berjam-jam hanya untuk melihat sendiri maharaja dan maharani tersebut. Maharani Masako, yang dilihat lebih aktif kebelakangan ini selepas bertahun-tahun menderita penyakit depresi, kelihatan beremosi dan mengesat air mata pada masa tertentu sepanjang sambutan itu. Sebanyak 46 kenderaan digunakan untuk berarak, di mana salah satunya membawa adinda baginda, Putera Mahkota Fumihito dan isterinya, Puteri Mahkota Kiko. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe turut bersama dalam perarakan tersebut yang dibawa melintasi Jabatan Polis Metropolitan dan bangunan kerajaan sebelum tiba di kediaman rasmi pasangan diraja itu. Perarakan gilang-gemilang itu sepatutnya diadakan pada 22 Oktober sejurus majlis pertabalan, namun dijadualkan semula susulan ribut taufan yang melanda negara matahari terbit berkenaan awal bulan lepas. Majlis pertabalan baginda yang dijalankan sebelum ini dalam suasana tradisional dan penuh adat istiadat Jepun dihadiri oleh lebih 2000 tetamu kehormat terdiri daripada pegawai kerajaan, keluarga diraja dari 190 negara dan organisasi antarabangsa. Berikut gambar-gambar sewaktu majlis pertabalan dilangsungkan. - CARI |
najib888 replied at 14-11-2019 11:36 AM
Patung cendana jepun.. sekadar pertunjukkan kebudayaan..
chicozinn replied at 14-11-2019 12:27 PM
maharani pun ade depressi apatah lagi rakyat marhaen..
batmana replied at 14-11-2019 01:30 PM
pnah tgk dokumentari psl jepun, ada satu tmpt sawah padi khas utk maharaja jepun, dia pilih beras yg ...
nobito replied at 14-11-2019 11:20 AM
Ya Allah panjangkan lah umur Tuanku Maharaja Jepun Tenno Heika
Tenno Heika Banzai !{:1_1 ...
batmana replied at 14-11-2019 01:30 PM
pnah tgk dokumentari psl jepun, ada satu tmpt sawah padi khas utk maharaja jepun, dia pilih beras yg ...
Boomibulat replied at 14-11-2019 11:56 AM
Untung jepun..negara besar ada tp 1 maharaje je..
ADVERTISEMENT