Seperti sukar diajar, ada di kalangan penduduk setempat yang sering membiarkan longgokan sampah di tepi jalan sehingga memburukkan pemandangan.
Perbuatan kurang sivik itu bagaimanapun kini nampaknya sudah menemui 'lawannya' apabila ada penduduk kampung yang membina kubur di situ. Memetik Sinar Harian, lokasi dipercayai di Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu selepas ia tular di laman sosial. Seorang warganet memuat naik gambar yang menunjukkan tindakan penduduk kampung yang membina kubur sebagai amaran kepada si pembuang sampah. "Bijak sungguh idea yang tukang buat ni, bersih terus. Dengar-dengar lokasi kat 'area' kampung Panji Alam," tulisnya.
Dikenali sebagai Man Fazli, dia turut memuat naik gambar sebelum dan selepas kawasan 'pembuangan sampah' itu. Dapat dilihat adanya sepasang batu nisan yang didirikan seolah-olah ia merupakan kawasan kuburan. Nyata, idea ini membuahkan hasil apabila tiada lagi pembuangan sampah dilakukan di situ. Apa pula pendapat anda? Seram atau bagaimana? - CARI
|
Biabetik replied at 12-11-2019 01:26 PM
Jgn ada yg memuja plk kat kubur tu mintak nombor
palmolive replied at 12-11-2019 01:28 PM
Org tau jap gi dia g cabut nesan tu
ADVERTISEMENT