Maria Mariana. Filem yang menautkan Erra Fazira, 45 dan Ziana Zain, 51 sebagai adik beradik. Itu ketika mereka bergelar anak dara dan kini masing-masing bergelar ibu tunggal. Selain perkembangan karier seni, peminat juga tidak putus-putus ingin mengetahui kehidupan peribadi artis kesayangan mereka. Jadi, apabila Erra Fazira lama tidak memuatkan gambar anaknya, Aleesya, ramai yang bertanya perihalnya. Begitu juga Ziana yang jarang bercerita mengenai anaknya, namun terkini menyiarkan gambar anaknya. Peminat masing-masing teruja. "Ramai yang DM, tanya kenapa lama tak ada gambar Aleesya, entahlah..." Menurut Erra sendiri, dia sekarang lebih kerap mengemaskini di IG Story berbanding 'feed' hingga kadang-kadang terlupa terus. Dengan bergurau menyatakan saiz kasut Aleesya besar dan tahun depan saiz nak sama dengan dirinya, membuatkan ramai bersetuju iras mereka berdua sama. Malahan Chef Wan dan pelakon Salina Saibi turut memuji kemanisan wajah Aleesya. Sementara itu, Ziana Zain pula mengulang siar foto anaknya yang sudah masuk fasa remaja. Tanpa sebarang kapsyen tambahan pun, ramai peminat seakan tidak percaya anak-anak Ziana sudah besar rupanya. Malahan anak sulongnya, Aiman juga mirip wajahnya dan bapa saudaranya, Anuar Zain. Begitulah bila jadi artis, semua pun peminat nak tahu. Membesar bersama dan mirip ibu masing-masing membuatkan anak-anak artis ini menjadi tumpuan warganet. Apa pun kegigihan primadona ini harus dicontohi oleh ibu tunggal di luar sana ya.- CARI |
lesprincesse replied at 12-11-2019 02:42 PM
Ini pun jadi berita ke ... haila netizen pon
fuyupoktek replied at 12-11-2019 02:46 PM
Pelik je paggl mom
Themilo replied at 12-11-2019 02:52 PM
calling for @Kurex
helok tak anak kak jena?
ADVERTISEMENT