Pelbagai taktik dilakukan untuk menipu sampai sanggup menyamar sebagai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Difahamkan, seorang mangsa hampir kehilangan keretanya selepas ia cuba ditarik oleh lelaki yang menyamar sebagai pegawai itu, kononnya dia menggunakan kenderaan klon. Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku 5 petang Khamis lalu di kawasan R&R Seremban Lebuhraya Utara-Selatan arah utara. Menurut Hasnan Hasim, 41 ketika itu dia berhenti rehat seketika bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari Putrajaya ke Alor Gajah, Melaka. “Sebaik tiba dan meletakkan Proton Exora saya di kawasan parkir, saya keluar dari kenderaan dan berjalan ke premis di R&R itu manakala isteri dan anak berada di dalam kereta.
“Tiba-tiba seorang lelaki mendekati kereta saya dan cuba membuka pintu namun isteri sempat menguncinya dan membunyikan hon menyebabkan saya bergegas ke kereta,” katanya. Katanya, lelaki itu mendawa mahu menarik kereta kerana mempunyai tunggakan ansuran bulanan. “Saya beritahu pinjaman kereta habis dijelaskan. Lelaki itu berkeras sebelum menukar kenyataannya mendakwa dia dari KPDNHEP dan mahu menarik kereta saya kerana dipercayai kenderaan klon. “Curiga dengan dakwaan lelaki itu, saya kemudian menghubungi talian kecemasan dan cuba mendapatkan bantuan, namun lelaki cuba merampas telefon saya. Dia berkeras tindakannya betul dan menghalang saya daripada menghubungi pihak berkuasa. “Apabila melihat isteri saya yang berada di dalam kenderaan cuba merakamkan tindakanya, lelaki itu beredar. Sebelum itu, kejadian sempat dirakam dashcam kereta saya,” terangnya. Hasnan berkata dia berasa curiga dengan tindakan lelaki itu dan membuat laporan polis selepas itu. - CARI
|
DollahRepek replied at 12-11-2019 12:45 AM
Kenapakah yang selalu buat2 kerja2 mcm nie mesti geng kicap?
pokaibanktokyo replied at 12-11-2019 10:06 AM
Bangsa pemalas lembik
pokaibanktokyo replied at 12-11-2019 10:06 AM
Bangsa pemalas lembik
Mfzg89 replied at 12-11-2019 04:54 AM
tau xpe..bangsa ni kalau jenis yg malas kat area flat selalu minta derma kata lapar.. bila kita hu ...
ADVERTISEMENT