CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Akibat Tertekan Dengan Peperiksaan, Pelajar Universiti Berebut Mahu Masuk Lubang Kubur

12-11-2019 10:43 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3296| Komen: 7|Original author: Tukang Tulis

Seorang pelajar Radboud University sedang berehat di dalam lubang kubur. Kredit foto: Ruptly

Sebuah universiti di Nijmegen, Belanda menggunakan pendekatan yang luar biasa untuk membantu para pelajarnya menangani tekanan semasa peperiksaan.

Pelajar-pelajar Radboud University yang ingin meredakan tekanan boleh 'berehat' sebentar di dalam lubang kubur yang disediakan untuk tujuan terapi.

Memetik laporan Mirror, lubang kubur yang terletak di belakang sebuah gereja kecil itu menerima sambutan menggalakkan daripada para pelajar sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu giliran untuk memasukinya.

Seorang pelajar, Sean McLaughlin berkata, dia dan teman serumahnya telah merancang untuk berehat di dalam lubang kubur sejak lebih seminggu lalu namun masih belum berpeluang untuk berbuat demikian.

"Kami mendapati ada senarai menunggu untuk memasuki kubur tersebut, jadi ia agak popular, jadi kami masih belum dapat peluang, tetapi saya merancang untuk pergi ke sana sebaik sahaja giliran saya tiba," jelasnya.


Tikar yoga dijadikan pengalas ketika pelajar menggunakan lubang kubur untuk terapi meredakan tekanan peperiksaan. Kredit foto: Ruptly
Namun, pengasas projek berkenaan, John Hacking menyatakan bahawa lubang kubur itu sebenarnya berfungsi untuk menjadikan para pelajar lebih menghargai kehidupan mereka di dunia ini.

"Kematian dianggap satu pantang-larang, sukar bagi pelajar-pelajar... kematian adalah sesuatu yang sangat sukar untuk diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila anda berumur 18, 19, 20 tahun," katanya.

Projek yang dipopularkan melalui poster yang bertajuk 'memento mori' (istilah Latin yang bermaksud 'ingatlah anda akan mati') itu menawarkan pengalaman berehat di dalam lubang kubur antara 30 minit sehingga tiga jam.

Projek berehat di dalam lubang kubur dipopularkan dengan slogan 'memento mori'. Kredit foto: Ruptly
Teringat tentang program 'masuk liang lahat' yang pernah diadakan di Malaysia satu ketika dulu yang bertujuan mengingatkan peserta-peserta tentang kematian. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 12-11-2019 11:36 AM
Patut dibuat lubang cmni di sebelah bangunan parlimen.dan setiap ahli politik wajib masuk dlm tu 1 mlm..
Quote Ina8895 12-11-2019 12:06 PM
Inilah rupa orang takdak agama
Quote sekngucing 12-11-2019 12:47 PM
ini apa yg ulamak kelate.. arwah tok selehor buat pada tahun 1920s dulu

masuk dlm lubang kubur

dia panggil aktiviti ni sbg 'berkhalwat'
Quote EmaAsmadi 12-11-2019 12:49 PM
Tekanan apa je masa sekolah selain malas nak belajar
Quote nobito 12-11-2019 12:57 PM
Ina8895 replied at 12-11-2019 12:06 PM
Inilah rupa orang takdak agama

Dulu pun Melayu buat juga....siap kambus tanah
Quote aleesyasofia 12-11-2019 04:22 PM
kalau belajar elok2 tak adanya tertekan..
Quote Ina8895 12-11-2019 08:08 PM
aleesyasofia: kalau belajar elok2 tak adanya tertekan..


Masuk kelas tido kot

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.181837 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top