CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hafal Al-Quran Sambil Bermain PUBG, Pemuda Ini Cairkan Hati Ramai Wanita!

13-11-2019 10:39 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 6154| Komen: 20

Kebiasaannya, remaja yang masih bersekolah akan meluangkan masa lapang mereka dengan melepak atau bermain permainan di telefon bimbit. Permainan seperti PUBG, Mobile Legend dan Call of Duty bukanlah satu nama yang asing buat remaja yang masih dalam umur belasan tahun.


Terbaru, seorang individu dengan 'tweethandle' Fathyakun telah berkongsikan sebuah video yang membuatkan para gadis berpusu-pusu untuk menjadi adik iparnya. Dalam video tersebut, dia sedang bersama adiknya yang sedang leka bermain PUBG di dalam kereta. Dengan niat untuk bergurau dengan adiknya itu, Fathyakun 'menebuk' ayat Al-Quran dan meminta adiknya untuk menyambung ayat yang dibacanya. 


Dengan tenang, adiknya menyambung bacaan Al-Quran itu dengan suara yang lunak dan bacaan yang lancar. Lebih menarik, dia menyambung bacaan itu sambil matanya menatap telefon dan bermain permainan PUBG. Hebat betul!

Menurut Fathyakun, adiknya telah berjaya menjadi Hafiz semenjak umur 14 tahun dengan hasil didikan sekolah tahfiz yang tegas dan hebat dalam menjaga hafalan pelajarnya. Beliau turut berkongsikan tips untuk menghafal Al-Quran. Boleh la korang cuba!


Video Fathyakun ini tular dan menarik perhatian para gadis yang rata-ratanya mahu berkenalan dengan adiknya itu. Laju  betul ye korang buat kerja?

Sebelum ini, permainan video sering dipandang serong oleh masyarakat yang dikatakan boleh melalaikan dan tidak mendatangkan manfaat. Video Fathyakun ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa bermain permainan video itu tidak salah, yang salah adalah mereka yang hidup hanya berpaksikan permainan video semata-mata sehingga hidup menjadi tidak produktif.- CARI 

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-11-2019 10:50 AM
cuba kalau yg baca tu dari kalangan lelaki gemuk berkerak, kepam, sekadar pujian je yg dapat..

kalau yg hensem comel manis macam ni,  dipuji sambip cair..

semoga adik ni boleh ajar kurex mengaji dgn tajwid yg betul setiap masa dan setiap hari..
Quote greantea 13-11-2019 10:53 AM
sikit2 cair, sikit2 cair. nak org beriman, iman sendiri ntah ke mana
Quote Sazida 13-11-2019 11:03 AM
Geli je tgk betina2 Twitter offer diri. So cheap
Quote Kerkin 13-11-2019 11:14 AM
Quote prettyuglybabe 13-11-2019 11:36 AM
what is wrong dengan budak perempuan zaman ni?
gedik gelenyar tak berkemaluan langsung..
Quote susukambingbest 13-11-2019 12:17 PM
Ye2 je tgh main pubg, entah2 da rncng utk kasi viral. Done dengki

Ala kalau da hafal quran tu, tgh main n pause jap mainan, blh jer ingat ayat quran tu. Ayat tu dah trtulis difikiran klau da betul hafiz. Kcuali lps jd hafiz/hafizah kotng buat prkara lagha bnyk, baru la trhapus ckt demi ckt. Klau msih bersih lg mental n jiwa, inshaa allah blg jer ingat.

Mnyampah plk tgok abg dia, overrated. Yg pompuan plk, gedik nya lahai. Xde malu ke korng
Quote prettyuglybabe 13-11-2019 12:21 PM
susukambingbest replied at 13-11-2019 12:17 PM
Ye2 je tgh main pubg, entah2 da rncng utk kasi viral. Done dengki

Ala kalau da hafal quran tu ...

humble brag yislamik
Quote susukambingbest 13-11-2019 12:26 PM
prettyuglybabe replied at 13-11-2019 12:21 PM
humble brag yislamik

Abang hasan
Quote eizarz 13-11-2019 01:11 PM
susukambingbest replied at 13-11-2019 12:26 PM
Abang hasan

batak vital abg nye...hasan...
Quote Laceyx 13-11-2019 01:22 PM
Kosserrrrr
Quote Orix 13-11-2019 03:33 PM
kowserrrrrrrrrr
Quote meow_tompok 13-11-2019 05:53 PM
ok, dah bole mark la muka dan nama
bakal manantu pilihan

Quote HannahMontana 13-11-2019 08:13 PM
Siapa kata perigi xkan cari timba?

Silap ko.
Quote RatuDunia94 13-11-2019 08:20 PM
Apa ig adik heols? Iols nk jengah jap..
Quote gideoncross 13-11-2019 08:49 PM
Showing off at it's best.
Quote Psfzi 13-11-2019 09:22 PM
Poyoss laaa
Quote Betara_Indera 14-11-2019 08:55 AM
laju abg nye promote ig die
Quote anony-mous 15-11-2019 06:48 AM
Kurex replied at 13-11-2019 10:50 AM
cuba kalau yg baca tu dari kalangan lelaki gemuk berkerak, kepam, sekadar pujian je yg dapat..

ka ...

Semoga heols dpt luruskan uols yg bengkok
Quote zuuu 15-11-2019 12:50 PM
Semacam sanggat ayat abg dia tu...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.106043 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top